Cara Mohon Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) Bagi Para Peniaga
Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) diperkenalkan bagi memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah.
Pembiayaan khusus kepada usahawan wanita Bumiputera bagi tujuan mengembangkan perniagaan
Syarat-syarat Asas
- Warganegara dan Bumiputera
- Berumur 18-60 tahun
- Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
- Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
- Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan online)
- Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Menjalankan perniagaan sepenuh masa
- Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan
- Memiliki akaun simpanan yang aktif bagi tempoh enam (6) bulan terkini
- Perniagaan patuh Syariah
- Bebas dari senarai hitam MARA
Kelonggaran Syarat
- Majoriti pegangan Syer adalah 51% wanita
- Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sahaja / Mempunyai Lesen Perniagaan yang berkaitan bagi Sabah dan Sarawak bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
- Pengecualian Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
- Pengecualian Sebut Harga Ubah Suai / Pembelian Mesin & Alatan bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
- Penyata Akaun Bank bagi tempoh tiga (3) bulan (penyata Dalam Talian adalah diterima)
- Tempoh Bernafas bagi bayaran balik sehingga 12 bulan
Skop Pembiayaan
- Modal Pusingan
- Pembelian Mesin dan Peralatan
Had Pembiayaan
RM150,000.00
Tempoh Pembiayaan
1-10 tahun atau 12-120 bulan
Jaminan atau cagaran
- Dikecualikan bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
- Pembiayaan RM50,001.00 hingga RM150,000.00:
- Jaminan
Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon.
Atau
- Cagaran
Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon.
Atau
- Gabungan kedua-duanya sekali
Atau
- Simpanan Tetap
Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan