Cara Mohon Hadiah RM1,000 Untuk Anak Selangor Yang Berjaya Masuk Universiti Awam/Swasta

Sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan negeri Selangor telah memperkenalkan program hadiah RM1,000 untuk anak Selangor yang berjaya memasuki mana-mana Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta. Berikut adalah penerangannya.

Hadiah RM1,000 diberi kepada anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah, yang melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam/swasta yang diiktiraf kerajaan yang mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda.

Cara Memohon

  1. Permohonan Hadiah Pengajian IPT (HPIPT) Kerajaan Negeri Selangor boleh dibuat secara atas talian (Online) dengan melayari laman web Sistem Permohonan HPIPT: http://hpipt.selangor.gov.my.
  2. Pemohon diminta untuk sentiasa melayari laman web HPIPT bagi mendapatkan sebarang informasi berkaitan HPIPT.
  3. Pemohon dikehendaki membaca dan mematuhi syarat – syarat kelayakan permohonan sebelum membuat sebarang permohonan.
  4. Pemohon boleh membaca Manual Panduan Permohonan (Online) menerusi laman web tersebut sebagai rujukan.
  5. Pemohon diminta untuk melngkapkan permohonan di atas talian serta menghantar salinan asal Borang Pengesahan HPIPT yang telah disahkan oleh pihak IPTA / IPTS.
  6. Advertisement
    Advertisement
  7. Salinan asal borang tersebut perlu dihantar kepada Urus Setia melalui serahan tangan atau pos SEBELUM TARIKH TUTUP di alamat seperti berikut:

Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Urus Setia Hadiah Pengajian IPT:

Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S
40503 Shah Alam.

No. Telefon : 03-55212469/03-55447385 / 03-55212306
No. Faks : 03-55104095 / 03-55110659
E-mel : hpipt[at]selangor.gov.my

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *