Senarai Kategori Pekerja Yang Akan Menerima Bantuan Kewangan RM300 Melalui Inisiatif BKBJ

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, negeri atau syarikat korporat sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang diperkenalkan ialah Inisiatif BKBJ yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai bantuan tersebut yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Kadar Bantuan

RM300 kepada setiap pekerja yang layak

Senarai Kategori Pekerja

  • Pekerja Ekonomi Gig (Pemandu Teksi, E-hailing & Penghantar Makanan)
  • Pemandu Bas Awam Dan Bas Ekspres yang berdaftar dengan Pengangkutan Awam Johor (PAJ)
  • Nelayan Yang Berdaftar Dengan Jabatan Perikanan

Sertai Channel Telegram: https://t.me/jawatankerja

Syarat Kelayakan

  • Kerajaan Johor menyediakan Bantuan Kasih Bangsa Johor (BKBJ) dengan peruntukan berjumlah RM144.36 juta yang bakal memberi manfaat kepada 3.69 juta rakyat di negeri ini menjelang Aidilfitri.
  • BKBJ merupakan inisiatif kerajaan Johor bagi membantu rakyat selepas peralihan fasa endemik.

Untuk Memohon Bantuan

Untuk maklumat lanjut sila hubungi: 07-5225400 (Perbadanan Pengangkutan Awam Johor)

Hubungi kami atau singgah pada bila-bila masa, kami berusaha untuk menjawab semua pertanyaan dalam masa 24 jam pada hari perniagaan. Kami buka dari 8.30 pagi — 5.30 petang setiap hari dan 8.30 pagi hingga 4.00 petang pada hari Khamis kecuali Jumaat dan Sabtu

Untuk sebarang pertanyaan mengenai bantuan BKBJ, anda boleh menghubungi seperti maklumat yang tertera di bawah:

Pejabat Menteri Besar Johor,
Aras 4,
Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar,
79503 Iskandar Puteri

No tel: 607-266 6355 / +607-266 6365

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *