Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA): Gaji permulaan sehingga RM3,350/sebulan
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kini sedang membuka pengambilan kekosongan jawatan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.
Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain. Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan- jawatan yang dibuka: –
Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S9 (KLINIKAL)
- Klasifikasi Perkhidmatan : Sosial
- Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional
- Taraf Pelantikan :
- Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama tiga (3) tahun; dan
- Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.
Syarat-Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Psikologi, Psikologi Klinikal atau Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM2,470.00); atau
- Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi, Psikologi Klinikal atau Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM3,020.00); atau
- Ijazah Kedoktoran dalam bidang Psikologi, Psikologi Klinikal atau Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM3,350.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Bidang Tugas
Bertanggungjawab merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan bidang psikologi/psikologi klinikal/kaunseling kepada klien.
Cara Memohon
Kepada calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan ini boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9).
Calon perlulah hanya memohon jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan memberikan maklumat yang benar serta tepat bagi memudahkan urusan permohonan jawatan yang dibuka.
Tarikh tutup permohonan pada 16 Disember 2024.
Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan dan permohonan boleh diteliti DI SINI.
Info Tambahan
Objektif JPA merangkumi seperti berikut:
- Merasionalisasikan saiz Perkhidmatan Awam melalui perancangan sumber manusia yang sistematik dan berstruktur dengan menjalankan unjuran keperluan sumber manusia yang menyeluruh.
- Menyediakan Perkhidmatan Awam dengan skim perkhidmatan dan struktur organisasi yang relevan, anjal serta memenuhi keperluan semasa bagi membolehkan organisasi melaksanakan fungsi penubuhannya.
- Melahirkan dan membangunkan modal insan terbaik serta kompeten untuk memenuhi keperluan strategik Perkhidmatan Awam dan negara melalui dasar latihan dan program penajaan yang dinamik.
- Mengurus penjawat awam dan membangunkan dasar pengurusan sumber manusia melalui penggubalan dan pelaksanaan dasar perkhidmatan yang strategik dan berkesan.
- Menggubal dasar dan garis panduan berkaitan perkhidmatan psikologi mengikut keperluan semasa bagi memantapkan pembangunan sumber manusia dalam Perkhidmatan Awam.
- Mengutamakan kebajikan pesara dan penerima pencen melalui penambahbaikan dasar-dasar pasca perkhidmatan.
- Memperkenalkan pakej saraan terbaik dan menyeluruh kepada penjawat awam serta menjalin hubungan harmoni majikan-pekerja.
- Memantapkan penggunaan teknologi dalam pengurusan sumber manusia ke arah meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan.
JPA juga komited kepada pengurusan dan pembangunan sumber manusia yang berprestasi tinggi, dinamik, berkesan, cekap dan adil bagi mewujudkan sektor awam yang cemerlang dan berpaksikan rakyat.
Dalam masa sama, slogan JPA adalah “Peneraju Pembaharuan, Penggerak Perubahan”. Ia bermaksud menambah baik tadbir urus serta mendukung akauntabiliti dan ketelusan dalam pentadbiran Kerajaan. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berperanan sebagai penggerak utama dalam pembaharuan keseluruhan perkhidmatan awam supaya lebih cekap dan efektif dari segi pembangunan dan pengurusan sumber manusia yang diyakini dan dipercayai rakyat.