Bantuan Tunai RM800 Akan Mula Disalurkan Untuk Fasa Pertama. Berikut Senarai Penerima & Syarat Kelayakan

Bantuan dalam bentuk tunai merupakan inisiatif yang sentiasa diteruskan setiap tahun. Ini kerana ia begitu penting untuk mengurangkan beban mereka yang memerlukan.

Oleh sebab itu, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satu bantuan yang diperkenalkan adalah Bantuan BMT. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:

Bantuan RM800

Bantuan Musim Tengkujuh atau BMT adalah sebuah bantuan kewangan dari Kerajaan. Di bawah Belanjawan 2023, kadar bantuan ini telah dinaikkan kepada RM800, berbanding RM600 sebelumnya.

Objektif utama BMT adalah untuk meringankan serta mengurangkan beban kewangan pekebun kecil/penoreh getah yang berkelayakan semasa musim tengkujuh.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Satu lot hanya seorang penerima sahaja (Pekebun Kecil atau Penoreh) layak menerima bantuan;
  • Seorang Pekebun Kecil atau Penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)
    • Warganegara Malaysia
    • Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA
    • Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar
    • Pemilik tanah yang sah
    • 1 lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan
  • Penoreh (Bukan Pemilik Tanah)
    • Warganegara Malaysia
    • Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
    • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar
    • 1 lot tanah hanya seorang penoreh/penama sahaja yang layak menerima bantuan
    • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat.

Tarikh Pembayaran

Untuk makluman , permohonan BMT telah pun ditutup pada 15 September 2023 lalu.

Oleh itu, kepada mereka yang diluluskan permohonannya – pembayaran bantuan ini akan dibuat secara berperingkat sebanyak empat fasa (RM200 setiap fasa). Tarikh mula pembayaran adalah pada bulan November 2023 sehingga Februari 2024 (selama 4 bulan).

Manakala, maklumat lebih lengkap berkenaan BMT, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *