Kelulusan permohonan i-CITRA: Cara membuat semakan & kaedah-kaedah pembayarannya
Dalam pengumuman kerajaan melalui PEMULIH, antara yang diumumkan adalah tentang pengeluaran i-CITRA yang membolehkan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang layak mengeluarkan simpanan mereka.
Melalui program ini, jumlah maksimum pengeluaran adalah sebanyak RM5,000 dengan pembayaran bulanan akan dibuat sehingga lima bulan.
Ia juga terbuka kepada ahli berumur 55 tahun ke bawah dan mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun mereka.
Dan seperti yang diketahui, permohonan i-CITRA telahpun dibuka sejak 12 Julai lalu dan sesiapa yang ingin memohon telah boleh membuat sedemikian.
Malah, semakan kelulusan juga telah boleh dibuat. Berikut adalah maklumat lanjutnya:-
Semakan i-CITRA
Cara semakan kelulusan adalah seperti berikut:
- Layari ke laman rasmi i-CITRA (KLIK SINI).
- Klik pada menu ‘SEMAKAN STATUS PERMOHONAN’.
- Isi ruang yang disediakan dengan maklumat Nombor MyKad & Nombor Tel pemohon.
- Buat pengesahan di ruang ‘Saya bukan robot’ seperti yang tertera.
- Maklumat status permohonan ahli akan dipaparkan sama ada lulus atau tidak.
Cara Pembayaran i-CITRA
Berdasarkan kenyataan pihak KWSP, pembayaran i-CITRA akan dibuat secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli diluluskan permohonan mereka.
Bagaimanapun, akaun bank itu mestilah:
- Akaun bank simpanan atau semasa.
- Akaun bank yang masih aktif.
- Akaun bank di atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/syarikat).
Bagi yang tidak mempunyai akaun bank atau berstatus muflis pula, pembayaran tetap akan diberikan – namun melalui kaedah Arahan Bayaran.
Kaedah ini boleh dipilih semasa ahli membuat permohonan di laman i-CITRA.
Melalui kaedah ini, pembayaran perlu diambil di cawangan pilihan ketika permohonan dan ahli perlu hadir ke cawangan berkenaan.
Pemohonan i-CITRA dibuka sehingga 30 September 2021