Program Bakul Prihatin Negara: Cara Mohon Bantuan Makanan RM100 Untuk Keluarga Terjejas 2021

Keluarga yang terjejas akibat penularan COVID-19 dan memerlukan bantuan makanan, anda boleh memohon Bakul Prihatin Negara yang disalurkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Untuk makluman, Bakul Prihatin Negara adalah cetusan idea daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tindak balas proaktif terhadap senario yang dihadapi oleh rakyat pada masa ini yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Pelaksanaan bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM5 juta yang merupakan nilai tambah kepada Program Bantuan Bakul Makanan yang telah dilaksanakan di bawah pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dan Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) sebelum ini.

Oleh itu, bagi mana-mana rakyat yang terjejas dan memerlukan bantuan makanan/barangan asas, anda boleh memohon untuk mendapatkan bantuan ini.

Mengenai Program Bakul Prihatin Negara

Bakul Prihatin Negara dilaksanakan menerusi kerjasama strategik berkonsepkan “Whole of Society” melibatkan Kerajaan Malaysia dan syarikat korporat dengan pelaksanaan penyampaian bantuan oleh Sukarelawan Skuad Prihatin Negara di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menerusi bantuan ini, penerima akan menerima bantuan barangan asas untuk yang disalurkan menerusi Sukarelawan Skuad Prihatin Negara.

Senarai Barangan Asas

Sebanyak 8 barangan asas yang diberikan menerusi bantuan ini iaitu:

  1. Beras (5 Kg)
  2. Gula (1 Kg)
  3. Tepung (2 Kg)
  4. Bihun (400 Gm)
  5. Kicap (650 Ml)
  6. Sardin (230 Gm)
  7. Biskut
  8. Kopi

Syarat Kelayakan

Semua rakyat Malaysia bagi setiap keluarga layak untuk memohon Bakul Prihatin Negara sekiranya mereka terjejas pendapatan akibat pendemik COVID-19.

Advertisement
Advertisement

Cara Memohon

Untuk memohon bantuan ini, sila hubungi Talian Kasih di 15999 atau menghantar Whatsapp ke 019-2615999.

Pemohon juga boleh menghubungi 108 Bilik Gerakan JKM untuk membuat permohonan iaitu:

Pejabat Cawangan Wilayah Tengah

PERKARA NO TELEFON
JKM Selangor 03-5545 8570
JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur KL 03–26124060

Pejabat Cawangan Wilayah Selatan

PERKARA NOMBOR TELEFON
JKM Johor 07-2281450
JKM Melaka 06-2324670
JKM Negeri Sembilan 06-7659332

Pejabat Cawangan Wilayah Utara

PERKARA NOMBOR TELEFON
JKM Perak 05-2545505
JKM Pulai Pinang Penang 04-6505257
JKM Kedah 04-7001700
JKM Perlis 04–9731926

Pejabat Cawangan Wilayah Pantai Timur

PERKARA BUTIRANNYA
JKM Pahang 09–5650226
JKM Terengganu 09–6301193
JKM Kelantan 09–7416925

Pejabat Cawangan Wilayah Malaysia Timur (Borneo)

PERKARA BUTIRANNYA
JKM Sabah 099 234 202
JKM Sarawak 099 234 202
JKM Wilayah Persekutuan Labuan 087-424 961

Kaedah Penyaluran

Setelah mendapat butiran lanjut daripada pemohon, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan akan menyerahkan Bakul Prihatin Negara kepada Skuad Prihatin Negara untuk diagihkan kepada pemohon yang terlibat.

Pemohon akan menerima Bakul Prihatin Negara dalam tempoh 24 jam selepas membuat permohonan.

Walau bagaimanapun, penghantaran bergantung kepada hari bekerja, jumlah permohonan harian, jarak dan bentuk muka bumi untuk sampai kepada pemohon.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan ini, sila layari laman web https://www.jkm.gov.my/.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *