2 Cara Pembayaran STR Yang Dibayar Bulan ini (Ogos 2024): Panduan Buat Semakan
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan pleh Kerajaan, sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan. Antaranya adalah bantuan-bantuan tunai yang diperkenalkan atau diteruskan di bawah Belanjawan 2024.
Ia termasuklah dengan meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah atau STR kepada mereka daripada kalangan B40 dan M40. Bantuan ini pada asasnya merupakan kesinambungan bantuan-bantuan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan pelbagai lagi.
Sumbangan Tunai Rahmah atau STR
Seperti ramai telah sedia maklum, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah bantuan tunai yang diberikan kepada rakyat negara ini bagi membantu mereka dalam menghadapi peningkatan sara hidup. Bantuan ini juga diberikan dengan kepada isi rumah, warga emas dan bujang.
Berikut adalah maklumat syarat-syarat kelayakan STR 2024 bagi setiap kategori penerima:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Akan tetapi, individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Kadar Bayaran STR
Pembayaran STR adalah berbeza mengikut setiap kategori dan diberikan bergantung pada pendapatan bulana dan jumlah tanggungan. Berikut adalah maklumat kadar pembayaran STR bagi tahun 2024 ini:
- Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM1,000
- Bilangan anak 1 – 2: RM1500
- Bilangan anak 3 – 4: RM2,000
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM2,500
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM500
- Bilangan anak 1 – 2: RM750
- Bilangan anak 3 – 4: RM1,000
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,250
- Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Kadar STR: RM350
- Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah
- Kadar STR: RM600
Cara Pembayaran STR
Sebenarnya, terdapat dua cara pembayaran STR iaitu secara kredit terus ke akaun penerima, atau pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Bagi pengambilan tunai di bank, ia berlaku disebabkan pemohon tidak mempunyai akaun bank atau akaun itu berstatus tidak aktif.
Pembayaran STR pada tahun ini dibuat sebanyak empat fasa. Pembayaran Fasa 1 dan Fasa 2 telah pun selesai pada bulan Januari dan April lalu. Manakala, STR Fasa 3 pula akan dibuat pada bulan ini (Ogos 2024).
Dalam masa sama, permohonan STR masih lagi dibuka dan boleh dibuat di Portal Rasmi STR. Pemohon amat disarankan untuk memberi maklumat yang tepat bagi memudahkan urusan dan mengelakkan permohonan itu ditolak.
Sekiranya permohonan ditolak, pemohon boleh menyemak alasan yang diberikan dan mengemukakan rayuan. Cara membuat semakan status STR adalah seperti di bawah:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (jika ada)
Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), ia boleh dirujuk terus di Portal Rasminya – DI SINI.