Skim RM1,000 Ini Layak Dituntut Oleh Individu Berkaitan Penerima BKM 2022. Ini Cara Menuntut Bantuan
Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.
Secara umumnya, pasti ramai dalam kalangan kita yang terjejas pendapatan isi rumahnya atas pelbagai faktor. Oleh itu, kita memerlukan bantuan kewangan tambahan untuk terus menampung kehidupan seharian.
Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah SKK RM1,000 yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai SKK RM1,000 yang anda perlu tahu jika berkelayakan.
Kadar Bantuan
- Amaun Tuntutan – RM1,000 bagi setiap individu yang layak.
- Tarikh Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) – Mulai 15 April 2022.
Syarat Kelayakan
Permohonan berstatus Lulus BKM 2022 bagi kategori:
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; atau
- Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
- Tempoh meninggal dunia: 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022
- SKK layak dituntut oleh wakil yang didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan (bagi permohonan status Kahwin dan pasangan adalah warganegara Malaysia) yang meninggal dunia.
- Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak SKK
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Tuntutan
- Sijil Kematian asal atau Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); dan
- Kad Pengenalan asal wakil; dan
- Dokumen pembuktian pertalian antara penerima (individu layak SKK) dan wakil.
Cara Tuntutan
Kaedah Tuntutan – Secara Tunai di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan. Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan SKK BKM 2022 boleh pergi ke pautan berikut: KLIK SINI