Permohonan dibuka sepanjang tahun: Ini cara memohon Bantuan Bina & Baiki Rumah Kerajaan Prihatin
Pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Selain dari segi bantuan kewanga, terdapat juga bantuan dalam bentuk membina dan membaiki rumah seperti Bantuan Bina dan Baiki Rumah (Kerajaan Prihatin).
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan yang dipekenalkan ini:
Syarat-syarat Kelayakan
- Terbuka kepada anak kelahiran Selangor atau pemohon yang bermastautin di Negeri Selangor lebih dari lima belas tahun. Pemohon bukan kelahiran Negeri Selangor mesti memberikan bukti bahawa pemohon telah menduduki kawasan berkenaan tidak kurang daripada lima belas tahun;
- Pendapatan isi rumah pemohon hendaklah di bawah RM1,500 sebulan yang merangkumi tanggungan yang tinggal bersama di dalam rumah berkenaan;
- Umur pemohon adalah di antara 45 tahun hingga 75 tahun sahaja kecuali Orang Kelainan Upaya (OKU);
- Hanya ketua keluarga sahaja yang layak memohon dan ketua keluarga mestilah merupakan ketua keluarga bagi isteri pertama sahaja;
- Pemohon yang mempunyai tanggungan sahaja akan dipertimbangkan dan dibuktikan bahawa rumah berkenaan diduduki oleh pemohon dan tanggungannya;
- Hanya satu keluarga sahaja yang layak menerima bantuan rumah;
- Pemohon yang memperoleh Tanah Kurniaan Kerajaan tidak akan dipertimbangkan;
- Rumah yang sedang dalam pembinaan atau terbengkalai tidak akan dipertimbangkan;
- Pemohon yang menumpang dan menyewa tidak akan dipertimbangkan;
- Keadaan rumah pemohon adalah daif dan tidak sesuai untuk diduduki;
- Rumah pemohon mestilah berada di kawasan perkampungan tradisi / kampung baharu, yang mana rumah tersebut berada di atas tanah milik sendiri. Kedudukan tapak mestilah mempunyai / berdekatan dengan punca bekalan air dan elektrik serta bukan di kawasan banjir;
- Tanah TOL (Temporary Occupation License / Lesen Pendudukan Sementara) & Rizab Kerajaan tidak akan dipertimbangkan untuk bantuan kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Pegawai Daerah berkenaan;
- Pemohon dikehendaki melampirkan surat kebenaran menduduki / surat kuasa menduduki daripada tuan / pemilik tanah / waris sekiranya tanah bukan hak milik pemohon (disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah);
- Pemohon yang telah mendapat bantuan baik pulih atau bina baru rumah daripada jabatan / agensi luar adalah tidak layak menerima bantuan rumah Program Kerajaan Prihatin;
- Mangsa bencana alam / kebakaran yang membuat permohonan Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin selepas ditimpa musibah adalah tidak layak dipertimbangkan;
- Pemohon yang berjaya adalah tertakluk kepada pemulangan Surat Penerimaan Tawaran Bantuan Rumah dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat tersebut.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada yang menepati kriteria yang ditetapkan, permohonan Bantuan Bina dan Baiki Rumah Kerajaan Prihatin boleh dilaksanakan secara atas talian di sistem Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR).
Dimaklumkan juga pemohon perlu mengemukakan maklumat yang benar dan tepat, bagi memudahkan urusan permohonan di sistem berkenaan.
Untuk maklumat lengkap dan terperinci berkenaan skim bantuan ini, ia boleh dibaca – DI SINI, manakala permohonan boleh dikemukakan DI SINI.