Menteri Umum Kadar Bantuan BKK Dinaikkan RM150. Ini Cara Mohon Sehingga Maksima RM1,000

Pihak kerajaan melalui pelbagai kementerian dan jabatannya telah memperkenalkan banyak bantuan dan inisiatif bagi membantu mereka yang memerlukan

Antara bantuan-bantuan itu adalah di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang memperkenalkan sebuah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Kanak-Kanak (BKK). Ini adalah penerangan berkenaan BKK: –

Kadar Bantuan

Nilai bantuan BKK adalah dari RM150 sehingga RM1,000 dengan pembahagian berikut:

  • RM200 seorang: Bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
  • RM150 seorang: Bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun;
  • RM1,000: Kadar bantuan maksimum bagi keluarga sebulan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

Kadar Bantuan Dinaikkan

Kerajaan meluluskan kenaikan kadar bantuan kewangan lima skim utama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tahun lalu. Skim berkenaan ialah Bantuan Kanak-Kanak (BKK), Bantuan Penjagaan OKU/Pesakit Kronik Terlantar (BPT), Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB), Elaun Pekerja OKU (EPOKU) dan Bantuan Warga Emas (BWE).

Advertisement
Advertisement

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff, berkata secara keseluruhan, kenaikan kadar berkenaan memberi manfaat kepada seramai 416,236 penerima bantuan skim berkenaan.

Menurutnya, kadar BKK dinaikkan daripada RM100 kepada RM150 bagi seorang kanak-kanak dengan kadar maksimum RM1,000 sebulan satu keluarga.

Cara Memohon

Untuk yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh JKM, permohonan bantuan BKK boleh dikemukakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian terdekat.

Bagi memudahkan proses permohonan bantuan, pemohon dikehendaki membawa dokumen-dokumen berikut ketika ke Pejabat Kebajikan Masyarakat:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada);
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Maklumat lanjut dan teliti berkenaan BKK, sila baca – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *