Bantuan BBKA RM2,500 Ini Layak Dituntut Oleh Mereka Yang Berkelayakan. Ini Syarat Kelayakan & Cara Memohon
Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.
Secara umumnya, pasti ramai dalam kalangan kita yang terjejas pendapatan isi rumahnya atas pelbagai faktor. Oleh itu, kita memerlukan bantuan kewangan tambahan untuk terus menampung kehidupan seharian.
Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Bantuan BBKA yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai Bantuan BBKA yang anda perlu tahu jika berkelayakan.
Kadar Bantuan
Jumlah Sumbangan Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Asas (BBKA) n adalah sebanyak RM2,500.
Syarat Kelayakan
Penerima bantuan ini adalah terdiri daripada Ketua Isi Rumah (KIR( yang menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) yang mempunyai rumah kediaman yang telah terjejas akibat bencana banjir. Rumah kediaman berbilang tingkat juga layak menerima bantuan ini sekiranya didapati terjejas akibat banjir.
Cara Sumbangan Disalurkan
Sumbangan bantuan akan disalurkan kepada penerima melalui dua kaedah:
- serahan tunai di PKOB atau rumah ke rumah; atau
- electronic funds transfer (EFT) ke dalam akaun KIR.
Cara Memohon Bantuan
Senarai penerima BWI yang telah disahkan oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) tidak perlu untuk membuat sebarang permohonan. Penentuan kelayakan KIR akan dibuat oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Daerah.