RM150 Boleh Mula Dituntut Bulan Ini (Mei 2025): Maklumat Penuh Program Skim Mesra 2025
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu kos sara hidup menjadi antara topik paling hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia. Harga barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, sayur-sayuran dan ayam semakin meningkat, manakala pendapatan ramai masih kekal pada tahap yang sama. Keadaan ini memberi tekanan besar terutamanya kepada golongan B40 dan M40 yang semakin terhimpit dengan kenaikan kos harian.
Faktor global seperti konflik geopolitik, perubahan iklim, gangguan rantaian bekalan dan inflasi turut menyumbang kepada peningkatan harga barang dan perkhidmatan. Dalam masa yang sama, kos perumahan, pendidikan, penjagaan kesihatan dan pengangkutan juga menunjukkan trend kenaikan saban tahun. Semua ini menjadikan kehidupan harian lebih mencabar, walaupun bagi mereka yang berpendapatan tetap.
Menyedari cabaran ini, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup. Antara usaha yang dilaksanakan termasuk Sumbangan Tunai Rahmah, subsidi bersasar, kawalan harga barangan tertentu, program Jualan Rahmah dan juga inisiatif digitalisasi bagi mempertingkatkan pendapatan isi rumah.
Di samping itu, pelbagai agensi dan NGO turut memainkan peranan dengan menganjurkan program bantuan makanan, latihan kemahiran dan kewangan mikro bagi memperkasakan rakyat.
Namun begitu, usaha menangani isu kos sara hidup memerlukan kerjasama menyeluruh – bukan sahaja daripada pihak kerajaan, malah juga sektor swasta dan individu sendiri. Pendidikan kewangan, perancangan perbelanjaan yang bijak serta usaha meningkatkan kemahiran diri menjadi kunci penting untuk berdepan cabaran ekonomi yang tidak menentu ini.
Oleh hal demikian, terdapat Kerajaan Negeri yang telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif bagi meringankan beban rakyat. Antaranya adalah melalui Program Skim Mesra. Berikut adalah maklumat lebih lanjut berkenaan program ini.
Program Skim Mesra
Program Skim Mesra merupakan sebuah insiatif yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sejak tahun 2009. Manfaat yang disediakan di bawah program ini adalah Baucar Beli-Belah RM150 setiap tahun bagi ahli yang telah mendaftar dan layak.
Mereka yang layak memohon hendaklah menepati syarat-syarat kelayakan berikut:
Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
- Warganegara Malaysia; dan
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); dan
- Lahir di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU **Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun; dan
- Beralamatkan di Selangor dalam kad pengenalan; dan
- Sedang menetap di Negeri Selangor; dan
- Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.
Skim Mesra Insan Istimewa Selangor (SMIS)
- Warganegara Malaysia; dan
- Tiada had umur; dan
- Pemegang Kad OKU JKM; dan
- Masih hidup atau meninggal dunia (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); dan
- Sedang menetap di Negeri Selangor; dan
- Pemohon berusia 18 tahun ke atas mestilah pengundi di Selangor semasa pendaftaran dibuat; Atau
- Pemohon berusia bawah 18 tahun, ibu/bapa/penjaga mestilah pengundi di Selangor semasa pendaftaran dibuat.
Manfaat Skim Mesra
Seperti mana dimaklumkan di awal tadi, penerima yang layak dan diluluskan pendaftaran mereka akan menerima baucar beli-belah sebanyak RM150 setiap tahun. Baucar ini boleh dituntut mengikut fasa bulan kelahiran ahli:
- Fasa 1: Ahli yang lahir pada bulan Januari, Februari dan Mac (tututan boleh dibuat mulai 1 Februari – 31 Mac 2025)
- Fasa 2: Ahli yang lahir pada bulan April, Mei dan Jun (tututan boleh dibuat mulai 1 April – 30 Jun 2025)
- Fasa 3: Ahli yang lahir pada bulan Julai, Ogos dan September (tututan boleh dibuat mulai 1 Julai – 30 September 2025)
- Fasa 4: Ahli yang lahir pada bulan Oktober, November dan Disember (tututan boleh dibuat mulai 1 Oktober – 31 Disember 2025)
Tuntutan boleh dibuat melalui Pusat Khidmat DUN dengan membawa Kad Pengenalan asal ahli berdaftar. Baucar itu kemudiannya boleh digunakan di pasaraya yang telah ditetapkan sahaja.
Baucar juga hendaklah digunakan dalam tempoh 3 bulan selepas penebusan dibuat. Sekiarnya baucar hilang atau tidak dibelanjakan dalam tempoh 3 bulan, ia tidak boleh diganti.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Bagi permohonan Skim Mesra, ia boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal Mesra YAWAS.
Akan tetapi, permohonan bagi tahun 2025 telah pun ditutup pada 30 November 2024 lalu. Bagi permohonan untuk tahun seterusnya, ia akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
Maklumat lebih terperinci serta lengkap berkenan Program Skim Mesra boleh dilihat dan rujuk di Portal Mesra, YAWAS – DI SINI.