Ramai yang tak perasan: Ini cara membuat semakan & mendapatkan Wang Tak Dituntut

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah sebuah kemudahan yang membolehkan rakyat Malaysia membuat semakan dan mendapatkan Wang Tidak Dituntut (WTD) mereka secara atas talian.

WTD pada asasnya merupakan wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu tahun.

WTD merangkumi pelbagai jenis seperti:

  • Gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
  • Dividen;
  • Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
  • Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
  • Draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
  • Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
  • Cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai;
  • Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

Cara Semak WTD

Bagi yang ingin membuat semakan, ia boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal eGumis, Jabatan Akauntan Negara Malaysia dengan tatacara berikut:

  • Langkah 1: Layari pautan Portal eGumis
  • Langkah 2: Buat pendaftaran pengguna secara atas talian.
  • Langkah 3: Log masuk portal menggunakan kata laluan yang didaftar.
  • Langkah 4: Kemaskini maklumat pengguna.
  • Langkah 5: Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat Semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)
  • Advertisement
    Advertisement
  • Langkah 6: Klik “Cetak”, jika perlu.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Membuat Tuntutan

Tuntutan WTD juga boleh dibuat secara atas talian di portal sama dengan tatacara berikut:

  • Langkah 1: Layari pautan Portal eGumis
  • Langkah 2: Klik pada ruangan “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri. Klik Cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika perlu)
  • Langkah 3: Klik pada rekod WTD yang ingin dituntut pilih “Teruskan Dengan Permohonan”
  • Langkah 4: Klik pada “Tambah Penerima” untuk masukkan perihal penerima WTD. Pilih pada kotak yang disediakan sekiranya. Maklumat Diri adalah sama seperti Maklumat Pemohon, masukkan maklumat perbankan dan kemudian “Simpan”.
  • Langkah 5: Muat naik dokumen sokongan bagi kategori “MANDATORI”
  • Langkah 6: Tandakan pada dua kotak untuk bersetuju dengan pengakuan serta terma dan syarat eGUMIS dan Klik Hantar. Pilih Ya untuk menghantar permohonan tuntutan
  • Langkah 7: Rujuk Portal eGUMIS untuk status permohonan WTD.

Maklumat lebih lengkap dan teliti berkenaan perkara ini boleh dibaca di Portal eGumis – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *