Ini pendapatan ibu bapa yang melayakkan anak terima bantuan RM150

Seperti mana yang diumumkan di bawah Bajet 2022, pihak kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada RM150, berbanding RM100 sebelum ini.

Bantuan ini pada asasnya akan diberikan kepada pelajar-pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata – bantuan itu nanti akan memanfaatkan sekitar 3 juta pelajar yang layak dengan membabitkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM450 juta.

Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan BAP: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pelajar mestilah Warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/MyKid/MyKad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia);
  • Pelajar dari peringkat Tahun 1 sehingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000 dan ke bawah pada tahun semasa. (Pendapatan kasar bulanan ialah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun seperti kerja lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan);
  • Advertisement
    Advertisement
  • Bantuan ini diberikan kepada pelajar-pelajar yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

Kaedah Penyaluran

Seperti yang dimaklumkan, bantuan ini akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke:

  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK.

Ia kemudiannya akan sampai kepada pelajar-pelajar melalui pemberian tunai atau dikreditkan terus ke akaun pelajar penerima.

Untuk maklumat lanjut dan terperinci berkenaan BAP, ia boleh dirujuk di laman rasmi KPM atau DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.