Ini Tarikh Rasmi RM1000 Dimasukkan Ke Dalam Akaun Individu Yang Mencarum
Bulan November pastinya kita masih perlukan bantuan untuk terus mengkukuhkan situasi kewangan masing-masing. Oleh itu, ada berita baik buat buat pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Untuk pengetahuan semua, pihak KWSP telah mengumumkan tarikh rasmi bayaran bantuan i-Citra RM1000 bagi bulan November ini.
Dalam kenyataan di FB milik KWSP, telah diterangkan secara lebih spesifik mengenai perkara ini. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui maklumat lanjut.
Tarikh Bayaran Bermula
Dimaklumkan bahawa bayaran i-Citra bagi bulan November akan dibuat secara berperingkat bermula 1 November 2021 dan pembayaran akan dilakukan pada hari bekerja.
Pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh 1-3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank.
Tempoh Masa Bayaran Diproses
Pihak KWSP turut menyataka bahawa bayaran i-Citra untuk bulan November sedang diproses secara berperingkat mulai 1/11/2021 dan tarikh bayaran anda mungkin berbeza daripada bulan sebelum ini.
KWSP sedang melakukan yang terbaik untuk memastikan semua ahli yang membuat Pengeluaran i-Citra menerima bayaran pengeluaran masing-masing sebelum berakhirnya bulan ini.
Semakan Status Bayaran
Anda boleh semak status bayaran anda melalui i-Akaun (versi web) di tab Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran > klik i-Citra (tulisan warna biru). Tarikh bayaran akan dipaparkan setelah bayaran tersebut diproses pada bulan berkenaan.
Cara Daftar i-Akaun
Sekiranya anda belum mendaftar i-Akaun, boleh ‘walk-in ke kios KWSP berdekatan. Klik https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks untuk dapatkan lokasi kios dan ikuti langkah mudah untuk pengaktifan di pautan: https://tinyurl.com/uutprmku.