BKC Fasa 2 dibayar pada bulan ini ~ Kategori terlibat & jumlah yang bakal diterima

Jika pada bulan September lalu, Bantuan Khas C-19 (BKC) telah pun dibayar kepada mereka layak, kini telah tiba pula masa pembayaran untuk Fasa 2.

BKC pada asasnya adalah sebuah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik sehingga akhir tahun 2021.

Berikut adalah penjelasan tentangnya:

Kadar BKC Fasa 2

BKC Fasa 2 akan melibatkan pembayaran sebanyak RM300 hingga RM500. Akan tetapi, BKC Fasa 2 hanya melibatkan Kategori Penerima Miskin Tegar sahaja.

Dengan bayaran seperti berikut:

  • Isi Rumah: RM500
  • Warga emas sebatang kara (WE): RM300
  • Bujang: RM300

Tarikh Pembayaran BKC Fasa 2

Pembayaran BKC Fasa 2 akan dilaksanakan pada bulan NOVEMBER 2021 seperti mana yang dinyatakan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di portal rasmi BKC.

Namun begitu, tarikh pembayaran secara tepat masih belum dimaklumkan setakat ketika artikel ini ditulis dan ia akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Advertisement
Advertisement

Cara Pembayaran

Seperti mana pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebelum ini, pembayaran BKC juga menggunakan kaedah sama iaitu:

  • Miskin Tegar & B40: Akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021;
  • M40: Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian.

Semak BKC

Bagi mereka yang ingin membuat semakan kelulusan BKC dan kadar bantuan kewangan yang bakal diterima, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di portal rasmi BKC  atau KLIK SINI.

Pengguna boleh melihat kelulusan dengan menyatakan No Kad Pengenalan di ruang yang disediakan dan mengikuti arahan seterusnya di sistem berkenaan.

Untuk maklumat lengkap berkenaan BKC, sila rujuk – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.