Ini Cara Pembayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 Yang Wajib Ibu Bapa Tahu

Berita gembira buat ibu bapa yang memerlukan bantuan kewangan untuk anak-anak anda, ini kerana kerajaan akan melaksanakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) menerusi Bajet 2022 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Ia bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.

Nilai bantuan yang akan diberikan adalah sebanyak RM150. Bantuan ini akan memanfaatkan tiga juta murid yang layak, membabitkan peruntukan keseluruhan RM450 juta.

Berikut adalah maklumat terperinci untuk mendapatkan bantuan ini:

Syarat Kelayakan

  • Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/MyKid/MyKad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia);
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan kasar sebanyak RM3,000 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan kasar bulanan merupakan pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan;
  • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

Kaedah Pembayaran

Pembayaran akan dikreditkan ke:

  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK.

Murid yang terlibat kemudiannya hanya perlu mengambil bantuan kewangan ini dari sekolah masing-masing.

Maklumat Tambahan

Jika terdapat sebarang persoalan, boleh menghubungi nombor hotline Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti berikut: 010 – 431 2531

ATAU

hantar emel kepada pertanyaan.bgpss@moe.gov.my

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *