RM200 Dibayar Ke Akaun Bank Penerima 7 Julai 2025 (Isnin): Maklumat Penuh Bantuan Madani 2025
Subsidi petrol dan diesel merupakan antara bentuk bantuan kerajaan yang paling dirasai secara langsung oleh rakyat Malaysia. Sejak sekian lama, subsidi ini menjadi mekanisme utama bagi mengawal harga bahan api agar kekal mampu milik, khususnya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Tanpa subsidi, harga pasaran bagi petrol dan diesel boleh melonjak naik mengikut ketidaktentuan harga minyak mentah global, sekali gus memberi tekanan besar kepada kos sara hidup rakyat.
Namun begitu, sistem subsidi secara menyeluruh yang diamalkan sejak dahulu juga mempunyai kelemahan tersendiri. Ia bukan sahaja membebankan kewangan negara, malah turut dinikmati oleh golongan berpendapatan tinggi dan warga asing yang sebenarnya tidak memerlukan bantuan tersebut. Ini menyebabkan ketirisan subsidi, di mana peruntukan besar yang sepatutnya membantu rakyat yang benar-benar memerlukan, akhirnya turut digunakan oleh mereka yang berada dan syarikat-syarikat komersial yang menggunakan diesel secara besar-besaran.
Dalam usaha menangani isu ini, kerajaan mula memperkenalkan pendekatan penyasaran subsidi – iaitu menyalurkan subsidi secara bersasar kepada golongan yang layak, terutamanya kumpulan B40 dan sebahagian M40. Langkah ini bertujuan memastikan keadilan dalam pengagihan bantuan dan dalam masa yang sama, membantu negara menguruskan perbelanjaan fiskal secara lebih berhemah.
Peralihan kepada subsidi bersasar bukan sahaja memerlukan sistem yang cekap dan telus, malah perlu disertakan dengan komunikasi yang jelas kepada rakyat agar tidak timbul kekeliruan atau rasa tidak puas hati. Dalam jangka panjang, pendekatan ini diharap dapat mengurangkan ketirisan, menambah baik pengurusan kewangan negara, serta membantu mewujudkan ekonomi yang lebih mampan dan inklusif.
Antara bantuan yang telah diperkenalkan adalah Bantuan BUDI Madani. Ini adalah maklumat lanjut tentang bantuan berkenaan.
Bantuan Madani (BUDI Madani)
BUDI Madani ialah sebuah usaha Kerajaan bagi memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak. Kerajaan juga komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.
Terdapat dua jenis bantuan di bawah program ini, iaitu BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi. Berikut adalah maklumat:
BUDI Individu
BUDI Individu adalah merupakan sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran subsidi diesel. Kategori ini khusus untuk individu daripada golongan bukan T20 yang memiliki kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia. Syarat-syaratnya adalah:
- Pemohon
- Warganegara Malaysia; dan
- Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100 ribu dan ke bawah
- Kriteria Pemilikan Kenderaan
- Kenderaan kegunaan persendirian (diesel) individu;
- Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan) aktif;
- Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia; dan
- Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad.
- Kriteria Tambahan Tidak Layak BUDI Individu
- Motosikal diesel;
- Kenderaan persendirian berdaftar bagi kegunaan syarikat / pertubuhan;
- Kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun.
- Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing;
e. Jenis kenderaan: Karavan, motorhome, van persiaran, dan bas persiaran.
BUDI Agri-Komoditi
BUDI Agri-Komoditi pula adalah sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran semula subsidi diesel. Kategori ini adalah khusus untuk petani kecil (Tanaman, Akuakultur, dan Ternakan) dan pekebun kecil (Sawit, Getah, Koko, Lada, dan Kenaf) di Semenanjung Malaysia yang berdaftar dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
Syarat-syarat kelayakannya adalah seperti berikut:
- Petani Kecil
- Warganegara Malaysia;
- Individu/ Pertubuhan yang berdaftar dengan KPKM melalui sistem pendaftaran GeoAgro ataupun telah berdaftar dengan agensi berkaitan iaitu:
- Sektor tanaman dengan Jabatan Pertanian Malaysia (tidak termasuk pesawah padi)
- Sektor ternakan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, dan
- Sektor akuakultur dengan Jabatan Perikanan Malaysia (tidak termasuk nelayan);
- Individu/Pertubuhan yang merupakan pengusaha pertanian berskala kecil yang memiliki dan mengusahakan hasil pertanian makanan dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Bagi tujuan ini, pengusaha pertanian kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil pertanian tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000; dan
- Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI iaitu termasuk mengesahkan memenuhi kriteria kelayakan termasuk tahap nilai jualan tahunan.
- Pekebun Kecil
- Warganegara Malaysia;
- Individu perlu berdaftar dengan agensi di bawah Kementerian Perladangan & Komoditi, seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi pekebun kecil persendirian, Lembaga Getah Malaysia (LGM) Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Lembaga Lada Malaysia;
- Sebagai panduan, pekebun kecil melibatkan keluasan tanah yang dimiliki dan diusahakan mengikut sektor komoditi /jenis tanaman seperti berikut:
- Pekebun kecil Sawit persendirian: keluasan 4.5 hektar ke bawah
- Pekebun kecil Getah persendirian: keluasan 4.5 hektar ke bawah
- Pekebun kecil Koko, Lada dan Kenaf persendirian: keluasan 2.5 hektar ke bawah
- Individu yang merupakan pekebun kecil yang memiliki dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan.
- Bagi tujuan ini, pekebun kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil perladangan tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000; dan
- Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI termasuk mengesahkan memenuhi kriteria kelayakan termasuk tahap nilai jualan tahunan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Pembayaran BUDI Madani
Bagi yang menepati kelayakan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian di Portal BUDI Madani. Untuk mereka yang diluluskan permohonannya, pembayaran bantuan ini akan dibuat dengan kadar RM200 setiap bulan.
Tarikh pembayarannya pula adalah seperti berikut:

Untuk maklumat lebih terperinci berkenaan BUDI Madani, boleh lihat di portal rasminya – DI SINI.



