STR Fasa 2 mula dibayar hari ini: Berikut jumlah bayaran, senarai penerima & kaedah pembayarannya
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
STR pada asasnya merupakan bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh Kerajaan di Belanjawan 2023 kepada penerima dari kategori isi rumah, bujang dan warga emas.
Bagi pembayaran STR Fasa 1, ia telah pun selesai dibayar pada bulan Januari lalu dengan kadar sebanyak RM300 untuk isi rumah dan RM100 kepada bujang.
Bagi pembayaran Fasa 2 pula, ia akan melibatkan kadar berikut:
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1 – 2: RM200
- Bilangan anak 3 – 4: RM200
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM200
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1 – 2: RM200
- Bilangan anak 3 – 4: RM200
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM200
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
- STR Fasa 2: RM100
Bujang 21 – 59 tahun
- STR Fasa 2: RM100
Bujang OKU 19 – 59 tahun
- STR Fasa 2: RM100
Tarikh Pembayaran
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 29 Mac lalu telah memaklumkan bahawa pembayaran STR Fasa 2 akan dibuat mulai 05 April 2023.
Berkenaan dengan kaedah pembayaran, ia akan dilaksanakan seperti sebelumnya iatu secara kredit terus ke akaun bank penerima.
Manakala, bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau akaun berstatus tidak aktif, penebusan tunai boleh dibuat melalui cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Bagi info yang lebih teliti tentang Belanjawan 2023 dan STR, sila lihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.