Baucar RM30 Boleh Ditebus Sehingga 31 Disember 2025: Ini Cara Semak & Menebusnya
Insurans hayat merupakan satu bentuk perlindungan kewangan yang sering dianggap penting dalam perancangan kewangan jangka panjang. Ia bukan sekadar satu polisi, tetapi juga satu bentuk jaminan bahawa orang yang kita sayangi tidak akan terbeban sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada kita. Dalam erti kata lain, insurans hayat memberikan rasa tenang dan keyakinan bahawa keluarga masih dapat meneruskan kehidupan walaupun kehilangan sumber pendapatan utama.
Secara asasnya, insurans hayat berfungsi sebagai pelan perlindungan yang akan membayar sejumlah pampasan kepada waris sekiranya pemegang polisi meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal. Pampasan ini boleh digunakan untuk pelbagai keperluan seperti menampung kos sara hidup, membayar hutang tertunggak, pendidikan anak-anak, atau menanggung kos rawatan perubatan. Justeru, memiliki insurans hayat sebenarnya adalah satu langkah bijak bagi memastikan kestabilan kewangan keluarga sentiasa terjamin walau dalam apa jua keadaan.
Di Malaysia, kesedaran terhadap kepentingan insurans hayat semakin meningkat, namun masih ramai yang belum mengambil langkah untuk memilikinya. Ada yang beranggapan bahawa insurans hayat hanya sesuai untuk golongan berumur atau mereka yang berpendapatan tinggi. Hakikatnya, semakin awal seseorang mengambil insurans hayat, semakin rendah kadar premium yang perlu dibayar.
Selain itu, terdapat pelbagai jenis pelan insurans hayat yang boleh disesuaikan mengikut kemampuan dan keperluan individu, sama ada untuk perlindungan asas, simpanan jangka panjang, atau pelaburan.
Dalam dunia yang penuh ketidaktentuan seperti sekarang, dengan risiko penyakit, kemalangan, dan tekanan ekonomi – insurans hayat bukan lagi satu pilihan mewah, tetapi satu keperluan asas. Ia bertindak sebagai ‘payung’ kewangan yang membantu melindungi diri dan keluarga daripada kesan kewangan yang tidak dijangka. Oleh itu, memahami cara insurans hayat berfungsi serta memilih pelan yang sesuai dengan keperluan diri amat penting bagi memastikan setiap sen yang dibelanjakan memberi manfaat jangka panjang.
Pendek kata, insurans hayat ialah langkah kecil hari ini yang membawa perlindungan besar untuk masa depan. Oleh itu, bagi menggalakkan rakyat Malaysia memilikinya, pihak Kerajaan telah memperkenalkan Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) 3.0.
Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) 3.0
Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) 3.0 pada asasnya merupakan sebuah inisiatif strategik yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Malaysia bagi memperkukuh perlindungan sosial bagi golongan berpendapatan rendah.
Produk Perlindungan Tenang direka bagi menyediakan perlindungan kewangan yang mudah diakses dan mampu milik, khususnya bagi komuniti yang kurang mendapat akses dan terdedah kepada risiko.
Bagi menggalakkan golongan ini memiliki perlindungan insurasn, program ini datang dengan baucar sebanyak RM30 dan boleh ditebus mulai 1 September 2025 hingga 31 Disember 2025.
Kelayakan Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) 3.0 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun semasa.
Cara Menebus Baucar RM30
Sebelum membuat penebusan, semakan kelayakan program ini boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Langkah 1: Layari Portal MyPTV;
- Langkah 2: Masukkan maklumat Nombor Kad Pengenalan (NRIC) anda dan tandakan tik (/) di “YA, SAYA TELAH MEMBACA DAN MEMAHAMI NOTIS PRIVASI” dan “Saya bukan robot”.
- Langkah 3: Jika anda layak untuk program ini, anda akan menerima nombor baucar dalam mesej seterusnya. Sila gunakan nombor baucar tersebut apabila anda mahu menebus baucar RM30 semasa membuat pembelian.
Selain itu, semakan juga boleh dibuat dengan mengunjungi cawangan-cawangan atau ejen-ejen/pengedar-pengedar sah syarikat insurans / pengendali takaful yang menyertai dan menawarkan produk Perlindungan Tenang di bawah Program PTV 3.0.
Bagi penebusan baucar RM30, ia boleh dilaksanakan dengan dua kaedah utama iaitu secara dalam talian (online) atau manual melalui kaunter. Bagi cara secara dalam talian, langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
- Langkah 1: Layari Portal MyCoverage;
- Langkah 2: Skrol ke bawah untuk melihat seksyen “Produk Perlindungan Tenang di bawah Program PTV 3.0”. Klik ikon logo syarikat/produk Perlindungan Tenang untuk mendapatkan maklumat asas mengenai produk tersebut. Sila semak kriteria produk seperti had umur dan jumlah premium/sumbangan sebelum memutuskan produk yang paling sesuai dengan keperluan anda.
- Langkah 3: Tekan butang “KETAHUI LEBIH LANJUT” dan anda akan dibawa ke laman web syarikat insurans atau pengendali takaful yang menawarkan produk Perlindungan Tenang tersebut.
- Langkah 4: Anda akan dibantu untuk melalui proses yang mudah untuk menyertai/membeli produk Perlindungan Tenang. Anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan seperti nama, nombor Kad Pengenalan (KP), umur, jantina dan lain-lain untuk melengkapkan proses pembelian. Anda juga perlu memasukkan nombor unik Baucar Perlindungan Tenang anda untuk menuntut baucar tersebut semasa pembelian produk. Anda dinasihatkan untuk membaca terma dan syarat produk tersebut sebelum membuat pembelian.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Manakala, secara manual pula dengan cara secara langsung dari kaunter pejabat cawagan atau ejen / pengedar sah syarikat insurans / pengendali takaful.
Anda turut perlu memahami ciri-ciri asas dan manfaat produk, termasuk menyemak kriteria produk seperti had umur dan jumlah premium / sumbangan sebelum memilih produk yang paling sesuai dengan keperluan. Sekiranya anda memilih untuk meneruskan pembelian produk, anda perlu memberikan maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan proses pembelian.
Untuk maklumat terperinci tentang Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) 3.0 sila rujuk di Portal MyPTV (DI SINI) atau Portal MyCoverage (DI SINI).



