Ini Jangkaan Jadual Pembayaran BKM Pada Bulan Ini (MAC) Mengikut Hari Bekerja

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Secara umumnya, pasti ramai dalam kalangan kita yang terjejas pendapatan isi rumahnya atas pelbagai faktor. Oleh itu, kita memerlukan bantuan kewangan tambahan untuk terus menampung kehidupan seharian.

Salah satu pakej bantuan yang baru diperkenalkan adalah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Jangkaan Jadual Pembayaran BKM Fasa 1

Untuk maklumat semua, pembayaran BKM terbahagi kepada 4 fasa dan berikut merupakan maklumat dan jadual pembayaran tersebut:

Fasa 1

  • Dibayar penghujung Mac 2022 (sila rujuk jangkaan jadual di atas)
  • Advertisement
    Advertisement
  • Isi Rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
  • Bujang

Fasa 2

  • Dibayar pada Jun 2022
  • Isi Rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

Fasa 3

  • Dibayar pada September 2022
  • Isi Rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
  • Bujang

Fasa 4

  • Disember 2022
  • Isi Rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan bantuan tunai yang tertumpu kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh rakyat berpendapatan rendah.

Tarikh Permohonan / Pengemaskinian BKM

Permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat bermula 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022. (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa)

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai pembentangan bajet 2022 bolehlah melayari laman web Kementerian Kewangan Malaysia diĀ https://budget.mof.gov.my/2022/

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *