Lembaga Jurutera Malaysia buka pelbagai jawatan kosong: Tawaran gaji sehingga RM7,000
Lembaga Jurutera Malaysia kini sedang membuka pelbagai peluang pekerjaan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.
Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain.
Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan-jawatan yang dibuka: –
Jawatan Kosong
- PENGURUS (KEWANGAN) – N48
- Penempatan: Kuala Lumpur,
- Gaji: RM6,600 – RM7,000
- PEGAWAI TADBIR (PENERBITAN) – N41
- Penempatan: Kuala Lumpur,
- Gaji: RM3,000 – RM3,100
- PEGAWAI TADBIR (KELAYAKAN) – N41
- Penempatan: Kuala Lumpur,
- Gaji: RM3,000 – RM3,100
- PEGAWAI KANAN (PERISIAN IT) – N44
- Penempatan: Kuala Lumpur,
- Gaji: RM4,600 – RM5,000
Syarat-syarat Kelayakan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia;
- Calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun;
- Memiliki kelayakan akademik sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda mengikut bidang jawatan yang dimohon;
- Fasih berbahasa Inggeris dalam pertuturan dan penulisan.
Untuk maklumat lengkap berkenaan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan, rujuk – DI SINI.
Cara Memohon
Kepada calon yang berminat, permohonan kekosongan jawatan boleh dikemukakan secara atas talian (online) – DI SINI.
Calon dikehendaki mengisi butiran diri, taraf pendidikan dan sebagainya di borang atas talian berkenaan dengan tepat dan benar.
Hanya calon-calon yang menepati syarat-syarat dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa untuk menghadiri temuduga.
Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan ini juga boleh dirujuk – DI SINI.