Pihak KWSP Umum Tarikh Dikreditkan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Ke Akaun Anda

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Secara umumnya, pasti ramai dalam kalangan kita yang terjejas pendapatan isi rumahnya atas pelbagai faktor. Oleh itu, kita memerlukan bantuan kewangan tambahan untuk terus menampung kehidupan seharian.

Salah satu pakej bantuan yang baru diperkenalkan adalah Pengeluaran Khas RM10,000 KWSP yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai bantuan Pengeluaran Khas RM10,000 KWSP yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Maklumat Penuh Pengeluaran Khas KWSP

Berikut adalah maklumat pebuh untuk pengeluaran khas KWSP maksimum sehingga RM10,000:

  • Permohonan terbuka untuk ahli KWSP bawah 55 tahun
  • Tarikh permohonan bermula 1 April – 30 April 2022
  • Pembayaran akan bermula pada 20 April 2022
  • Jumlah pengeluaran minimum adalah RM50 sehingga maksimum RM10,000
  • Jumlah pengeluaran tertakluk kepada baki simpanan akaun 2. Jika tidak mencukup, simpan daripada akaun 1 akan diakses
  • Advertisement
    Advertisement

Cara Memohon

Maklumat terperinci mengenai pengeluaran akan diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam masa terdekat ini. Ikut laman FB Menteri Kewangan di pautan berikut: https://www.facebook.com/tzafrulaziz

Atau Maklumat terperinci mengenai pengeluaran akan diumumkan oleh pihak KWSP dalam masa terdekat ini. Ikut laman FB KWSP di pautan berikut: https://www.facebook.com/KWSPMalaysia

Cara Daftar Akaun KWSP Online

Langkah Mendaftar / Mengaktifkan i-Akaun adalah seperti berikut:

  • Hadir ke mana-mana cawangan atau kios KWSP berhampiran anda
  • Layari laman web www.kwsp.gov.my
  • Pilih ‘Log Masuk’ dan klik i-Akaun (Ahli) ATAU
  • Muat turun aplikasi mobil i-Akaun
  • Masukkan nombor ahli KWSP sebagai ID dan Kata Laluan Sementara yang diterima melalui SMS
  • Setelah berjaya log masuk, setkan semula ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda
  • Selepas pengaktifan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *