RM200 Dikreditkan Ke Akaun Bank Bulan Ini Disember 2024: Berikut Maklumat Penuh BUDI 2024

Subsidi telah lama menjadi instrumen penting dalam memastikan kesejahteraan rakyat, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah. Melalui pemberian subsidi, kerajaan dapat menstabilkan harga barangan keperluan asas seperti minyak, elektrik, dan makanan. Ini bertujuan meringankan beban kewangan rakyat, khususnya dalam situasi ekonomi yang tidak menentu. Namun, sejauh manakah subsidi ini benar-benar memberi manfaat kepada kumpulan sasar yang memerlukannya?

Realitinya, subsidi yang tidak disasarkan dengan baik boleh menyebabkan ketirisan dan tidak mencapai matlamat asalnya. Sebagai contoh, subsidi bahan api yang diberi secara menyeluruh mungkin lebih banyak dinikmati oleh golongan berpendapatan tinggi yang memiliki lebih banyak kenderaan berbanding golongan miskin. Situasi ini menimbulkan persoalan penting tentang keadilan dalam pelaksanaan subsidi.

Atas dasar inilah, pendekatan penyasaran subsidi diperkenalkan. Melalui kaedah ini, subsidi disalurkan kepada kumpulan yang benar-benar layak berdasarkan kriteria tertentu, seperti pendapatan isi rumah atau tahap kemiskinan. Langkah ini bukan sahaja dapat mengurangkan ketirisan, tetapi juga memastikan sumber kewangan negara digunakan dengan lebih efisien.

Namun, cabaran besar dalam penyasaran subsidi adalah untuk memastikan mekanisme pelaksanaannya telus, adil, dan mudah diakses oleh golongan sasaran. Kerajaan perlu mengimbangi antara keperluan rakyat dan kepentingan fiskal negara, sambil memastikan tiada pihak yang terpinggir dalam proses ini.

Salah satu usaha Kerajaan adalah dengan memperkenalkan Program Bantuan Subsidi Madani atau BUDI MADANI. Berikut adalah maklumat lebih lanjut berkenaan bantuan ini: –

Program Bantuan Subsidi Madani (BUDI MADANI)

BUDI MADANI adalah sebuah program Kerajaan yang memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak. Ia juga bagi menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.

Terdapat 2 kategori utama BUDI MADANI yang telah diperkenalkan iaitu:

  • BUDI Agri-Komoditi
    • Bantuan subsidi tunai disediakan kepada golongan petani, penternak dan pekebun kecil yang berdaftar dengan Kementerian terlibat untuk dimanfaatkan susulan kenaikan kos diesel jentera pertanian yang digunakan.
  • BUDI Individu
    • Bantuan subsidi tunai disediakan kepada pemilik kenderaan diesel individu dengan syarat kelayakan tertentu. Bantuan ini dapat menampung kenaikan kos pengangkutan harian individu yang menggunakan kenderaan diesel.

Kadar kedua-dua kategori bantuan ini adalah sebanyak RM200 dan diberikan setiap bulan.

Syarat-Syarat Kelayakan

BUDI Agri-Komoditi adalah sumbangan tunai Kerajaan dan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran semula subsidi diesel. Bantuan ini khusus diberikan kepada petani kecil (Tanaman, Akuakultur, dan Ternakan) dan pekebun kecil (Sawit, Getah, Koko, Lada, dan Kenaf) di Semenanjung Malaysia yang berdaftar dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

Syarat-syarat kelayakannya pula adalah seperti berikut:

  • Petani Kecil
    • Warganegara Malaysia;
    • Individu/ Pertubuhan yang berdaftar dengan KPKM melalui sistem pendaftaran GeoAgro atau telah berdaftar dengan agensi berkaitan iaitu:
      • Sektor tanaman dengan Jabatan Pertanian Malaysia (tidak termasuk pesawah padi)
      • Sektor ternakan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, dan
      • Sektor akuakultur dengan Jabatan Perikanan Malaysia (tidak termasuk nelayan);
    • Individu/Pertubuhan yang merupakan pengusaha pertanian berskala kecil yang memiliki dan mengusahakan hasil pertanian makanan dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan;
    • Pengusaha pertanian kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil pertanian tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000.
  • Pekebun Kecil
    • Warganegara Malaysia;
    • Individu perlu berdaftar dengan agensi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi, seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi pekebun kecil persendirian, Lembaga Getah Malaysia (LGM) Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Lembaga Lada Malaysia;
    • Pekebun kecil melibatkan keluasan tanah yang dimiliki dan diusahakan mengikut sektor komoditi /jenis tanaman seperti berikut:
      • Pekebun kecil Sawit persendirian: keluasan 4.5 hektar ke bawah
      • Pekebun kecil Getah persendirian: keluasan 4.5 hektar ke bawah
      • Pekebun kecil Koko, Lada dan Kenaf persendirian: keluasan 2.5 hektar ke bawah
      • Individu yang merupakan pekebun kecil yang memiliki dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan.
      • Pekebun kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil perladangan tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000.

Syarat-syarat kelayakan BUDI Individu pula adalah seperti berikut:

  • Pemohon
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100 ribu dan ke bawah;
  • Kriteria Pemilikan Kenderaan
    • Kenderaan kegunaan persendirian (diesel) individu;
    • Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan) aktif;
    • Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia; dan
    • Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad.
  • Kriteria Tambahan Tidak Layak BUDI Individu
    • Motosikal diesel;
    • Kenderaan persendirian berdaftar bagi kegunaan syarikat / pertubuhan;
    • Kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun;
    • Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing;
    • Jenis kenderaan: Karavan, motorhome, van persiaran, dan bas persiaran

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Bagi permohonan BUDI MADANI, ia boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Rasmi BUDI MADANI. Semakan kelulusan bantuan ini boleh dibuat di portal sama dengan menekan butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) pemohon.

Pembayaran bantuam-bantuan ini pula akan dikreditkan ke akaun yang berdaftar dalam sistem BUDI MADANI atau secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sekiranya tiada akaun bank.

Untuk info lebih lengkap, sahih dan teliti berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *