Bantuan Kewangan Khas Tunai RM1,000 Akan Dikreditkan Pada Bulan Ini (Disember 2023). Berikut Syarat Kelayakan & Senarai Penerima

Bantuan kewangan khas secara one off kepada penerima yang layak merupakan suatu inisiatif yang sangat baik untuk rakyat. Ini akan memberikan sedikit tunai tambahan untuk mereka menjalani kehidupan seharian.

Pihak kerajaan tidak pernah melupakan insiatif begini. Oleh sebab itu, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan. Antaranya adalah bantuan berikut: –

Bantuan Kewangan Khas RM1,000

Bantuan Khas Kewangan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 akan diberikan berdasarkan Belanjawan 2024 Negeri Pulau Pinang oleh pihak Kerajaan Negeri.

Senarai Penerima Bantuan

Berikut merupakan senarai penerima:

  • Bantuan khas itu akan diberikan kepada seramai 3,867 kakitangan awam negeri
  • Pihak Kerajaan Negeri turut bersetuju untuk memberikan sumbangan RM300 kepada penyelia dan guru KAFA, guru Sekolah Rendah Agama Rakyat, guru Sekolah Menengah Agama Rakyat dan guru serta staf Sekolah Persendirian Cina.
  • Advertisement
    Advertisement

Tarikh Pembayaran & Cara Penyaluran

Untuk makluman, pembayaran bantuan ini akan dibuat pada bulan Disember 2023 secara kredit terus ke akaun penerima yang layak.

Dalam masa sama, pihak kerajaan negeri Pulau Pinang beriltizam dalam meneruskan aspirasi dan gagasan Visi Penang 2030 ke arah merealisasikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri pintar dan hijau berteraskan keluarga inspirasi negara.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Maklumat lengkap tentang Belanjawan 2024 Pulau Pinang boleh dirujuk DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *