Pendapatan bulanan bawah RM5,000 layak mohon Bantuan IKPP RM250: Senarai mereka yang layak
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Salah satunya termasuklah sebuah bantuan kewangan sebanyak RM250 dibawah inisiatif IKPP. Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –
Bantuan IKPP RM250
IKPP atau Insentif Khas Pasangan Pengantin adalah sebuah sumbangan tunai sebanyak RM250 secara ‘one-off’ yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Pahang.
Bantuan ini diberikan kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan berikut:
- Hanya anak-anak Pahang sahaja yang layak menerima insentif ini;
- Sama ada pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang;
- Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5000.00 dan ke bawah layak menerima insentif;
- Bagi perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang.(Kebenaran Luar Negeri (KBLN));
- Perkahwinan ini mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah;
- Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang,pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam (dimana tempat permohonan);
- Bagi pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras;
- Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif;
- Setiap permohonan perlu hantar ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan di buat.
Cara Memohon
Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan IKPP ini boleh dikemukakan dengan mengisi borang permohonan dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen tersebut:
- 2 Salinan Kad Pengenalan pemohon (depan dan belakang);
- 1 Salinan catatan akad nikah pemohon;
- 2 Salinan penyata akaun bank pemohon.
Ia seterusnya perlu dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan dibuat.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Maklumat terperinci berkenaan IKPP dan borang permohonan boleh dirujuk di Portal e-Munakahat Jabatan Agama Islam Pahang – DI SINI.