Bantuan RM1,000 untuk isi rumah: Ini syarat-syarat & cara memohon Bantuan Wang Ihsan (BWI)

Dalam usaha membantu mereka yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda beberapa negeri, pihak kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah memperkenalkan Bantuan Wang Ihsan (BWI).

Dengan BWI, isi rumah yang layak boleh menerima bantuan kewangan sebanyak RM1,000 sesuai dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan ini: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Ketua Isi Rumah (KIR) warganegara Malaysia sahaja;
  • Setiap permohonan hendaklah disahkan oleh Pegawai Daerah bahawa mangsa adalah benar-benar terjejas dengan bencana banjir yang dimaksudkan;
  • Hanya 1 rumah sahaja yang terlibat layak untuk mendapat sekali BWI tanpa mengira isi rumah / keluarga;
  • Ia tertakluk kepada pengesahan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Bagi penyewa yang rumah mereka terkesan banjir, mereka juga layak menerima bantuan ini. Namun begitu, hanya seorang sahaja isi rumah yang layak memohon dan tuan rumah tidak layak memohon sekiranya penyewa telah memohon.

Cara Memohon

Bagi isi rumah yang terkesan dengan banjir, Ketua Isi Rumah (KIR) boleh membuat permohonan bantuan ini melalui Pejabat Daerah masing-masing.

Bagi yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), KIR boleh merujuk kepada petugas PPS masing-masing.

Manakala, untuk yang tidak berpindah ke PPS, permohonan boleh dibuat kepada Ketua Komuniti / Pegawai Daerah masing-masing.

Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

Untuk info terperinci tentang BWI, boleh dibaca secara lengkap – DI SINI.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *