Sumbangan Tunai RM1,200 akan dikreditkan kepada B40: Senarai penuh penerima & tarikh bayaran

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Antaranya adalah bantuan kewangan kepada golongan B40 dan M40 melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023.

Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:-

Sumbangan Tunai Rahmah

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 hingga Fasa 3 telah pun disalurkan kepada yang layak dengan kadar tertentu berdasarkan tangga pendapatan.

Pembayaran STR Fasa 3 contohnya telah selesai disalurkan sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha lalu. Manakala, pembayaran STR Fasa 4 pula akan dilaksanakan selepas ini.

Penerima & Jumlah STR Fasa 4

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

Bilangan anak 0: RM200
Bilangan anak 1 – 2: RM600
Bilangan anak 3 – 4: RM900
Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 3 – 4: RM300
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM500

Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

  • STR Fasa 4: RM200

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan jadual asal, pembayaran STR Fasa 4 akan dilaksanakan pada bulan November 2023. Akan tetapi, tarikh rasmi pembayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan keputusan pihak Kerajaan.

Berkenaan dengan kaedah pembayaran pula, ia akan dilaksanakan secara kredit terus ke akaun bank penerima. Bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank atau ia berstatus tidak aktif, pengambilan tunai boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bagi mereka yang ingin membuat semakan status kelulusan, dan maklumat lengkap berkenaan bantuan ini ia boleh diteliti di Portal Rasmi STR – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *