Bantuan KWSP RM500 dikreditkan secara automatik kepada yang layak: Ini syarat-syarat kelayakan

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana yang telah dibentangkan di Parlimen pada Februari lalu.

Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan yang telah diperkenalkan itu:-

Bantuan KWSP RM500

Melalui Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah bantuan RM500 kepada para ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berkelayakan.

Bantuan RM500 akan dicarumkan ke dalam simpanan Akaun 1 ahli KWSP berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan syarat mereka  memiliki baki simpanan kurang RM10,000 dalam akaun berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 berkata inisiatif berkenaan adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk membantu mereka membina semula simpanan persaraan yang berkurangan susulan pengeluaran-pengeluaran sebelum ini.

Advertisement
Advertisement

Kini setelah rakyat beransur-ansur bangkit untuk membina semula kehidupan, kebanyakan rakyat menggunakan pendapatan yang diterima bagi menyara kehidupan, sementara simpanan hari tua masih rendah.

“Kerajaan beriltizam membantu rakyat membina semula simpanan persaraan mereka bagi memastikan simpanan yang ada kelak mencukupi untuk membiayai hari persaraan,” katanya di Dewan Rakyat.

Dalam perkembangan sama, pihak Kerajaan turut memperkenalkan Insentif Persaraan (i-Saraan) yang membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan golongan yang tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman secara sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan sebagai insentif daripada pihak kerajaan.

Bagi info yang lebih teliti tentang bantuan kewangan ini, sila lihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *