Tarikh pembayaran i-Citra bulan September 2021 & Kaedah-kaedah pembayarannya

Melalui i-Citra, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membenarkan ahlinya yang berumur 55 tahun ke bawah untuk mengeluarkan simpanan mereka sehingga RM5,000 dengan bayaran bulanan sehingga lima bulan.

Ia dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli KWSP yang terkesan akibat PKP.

Berdasarkan kenyataan dari media sosial rasmi KWSP,  pembayaran i-Citra untuk bulan September 2021 akan mula disalurkan pada 1 September 2021.

Akan tetapi, pengkreditan wang berkenaan ke akaun ahli akan mengambil masa antara satu ke tiga hari bekerja bergantung kepada prosedur bank masing-masing.

Kaedah-kaedah Pembayaran

Berkenaan dengan kaedah pembayaran, pihak KWSP akan menggunakan dua kaedah iaitu melalui:

  1. Pengkreditan ke akaun bank ahli
  2. Advertisement
    Advertisement
  3. Secara Arahan Pembayaran

Bagi yang melalui pengkreditan ke akaun bank, ahli haruslah memastikan akaun bank mereka adalah:

  • Akaun bank simpanan atau semasa.
  • Akaun bank masih aktif.
  • Akaun bank di atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama / syarikat).

Manakala, bagi ahli yang tidak mempunyai akaun bank, mereka boleh memilih bayaran melalui Arahan Bayaran ketika membuat permohonan di portal i-Citra.

Pembayaran melalui Arahan Bayaran akan mengambil masa dan ahli dikehendaki hadir ke cawangan pilihan untuk mengambil Arahan Bayaran tersebut.

Maklumat lanjut dan terperinci berkenaan i-Citra juga boleh dirujuk di laman rasmi i-Citra (DI SINI).

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *