Pemohon GKP 4.0 akan menerima bayaran RM500 bulan September. Ini cara semakan
Bagi peniaga kecil yang memerlukan bantuan kewangan, berita gembira untuk anda semua kerana kerajaan telah melaksanakan Geran Khas Prihatin atau GKP.
Ia telah berjaya menyokong kelangsungan perniagaan atau business survival dalam kalangan peniaga kecil, terutamanya mereka yang masih tidak dibenarkan beroperasi. Secara keseluruhan Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah 5.1 bilion ringgit melalui inisiatif GKP.
Terbaru adalah GKP 4.0. Berikut adalah maklumat bantuan tersebut:
Jumlah dan tarikh bayaran GKP 4.0
Kerajaan telah bersetuju untuk menyalurkan bayaran kepada para peniaga kecil di bawah GKP 4.0 kepada penerima yang layak iaitu sebanyak 500 ringgit akan dibayar pada bulan September dan 500 ringgit lagi pada bulan November 2021
- RM500 September 202 1
- RM500 November 2021
Harapan kerajaan adalah dengan bayaran GKP 4.0 ini, lebih kurang 1 juta usahawan PKS mikro khususnya pengusaha kedai gunting rambut, pemilik workshop, kedai roti dan kek, pusat penjagaan kesihatan, dan lain-lain dapat mengurangkan tanggungan bulanan dan membantu aliran tunai mereka.
Cara Semakan GKP4.0 untuk bulan September dan November
Untuk pengetahuan semua, semakan status kelulusan GKP 4.0 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Sebarang penyaluran wang ke akaun masing-masing sama ada berjaya atau tidak, boleh disemak di pautan berikut: Log Masuk ID Pengguna GKP (Klik Sini)
Seperti dimaklumkan, pembayaran GKP 4.0 kepada penerima yang layak akan dibuat pada bulan September 2021 (RM500) dan November 2021 (RM500) tertakluk kepada perubahan.
Permohonan telah pun ditutup kepada pemohon baru yang dibuka mulai 15 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021 bagi PKS Mikro yang tidak pernah menerima GKP sebelum ini.