Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan Covid-19 PKP 3.0 Dibuka. Bakal Menerima RM500

Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) membuka permohonan Bantuan Zakat Kecemasan Covid-19 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula 15 Jun 2021.

Permohonan terbuka kepada golongan B40 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang terjejas pendapatan.

Penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP dan telah menerima 11 inisiatif yang ditawarkan MAIWP tidak layak memohon bantuan kecemasan itu.

Menerima bantuan secara ‘one-off’ sebanyak RM500

Permohonan yang berjaya akan menerima bantuan secara ‘one-off’ sebanyak RM500. Penerima Bantuan Kecemasan Covid-19 PKP 2.0 tidak perlu membuat permohonan kerana bantuan akan disalurkan secara automatik.

Advertisement
Advertisement

Penerima bantuan PKP 1.0 yang gagal memohon ketika PKP 2.0 perlu membuat permohonan semula secara dalam talian untuk PKP 3.0.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-zakat sehingga 30 Jun ini.

Baitulmal MAIWP memaklumkan semua penerima Bantuan Kewangan Bulanan di bawahnya akan menerima bantuan zakat khas tambahan sebanyak RM300 secara automatik.

Pembayaran Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0 dan zakat khas akan disalurkan secara berperingkat bermula 15 Jun hingga 15 Julai,

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *