RM1,000 Dibayar Terus Ke Akaun Bulan Ini (Mac 2025): Ini Maklumat Penuh Bantuan Duit Raya 2025

Hari Raya Aidilfitri adalah perayaan yang paling dinanti-nantikan, selepas sebulan berpuasa. Ia bukan sekadar hari kemenangan tetapi juga simbol perpaduan, kasih sayang, dan kegembiraan bersama keluarga serta sahabat handai.

Sebelum tibanya Syawal, persiapan dilakukan dengan penuh semangat. Rumah dihias indah, baju raya disiapkan, dan kuih-muih tradisional seperti kuih tart, semperit, dan dodol mula dibuat. Tidak lupa juga, amalan balik kampung menjadi tradisi penting bagi mereka yang ingin meraikan hari mulia ini bersama ibu bapa dan sanak saudara.

Pada pagi Syawal, umat akan menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid atau surau berdekatan. Seusai solat, tradisi bermaaf-maafan antara ahli keluarga dilakukan sebagai tanda keinsafan dan kasih sayang. Anak-anak pula tidak ketinggalan menerima duit raya sebagai simbol kegembiraan.

Selain itu, Hari Raya juga sinonim dengan pelbagai hidangan enak seperti ketupat, lemang, rendang, dan kuah kacang. Setiap rumah pasti menyajikan pelbagai juadah istimewa untuk tetamu yang datang berkunjung.

Amalan kunjung-mengunjung menjadi budaya penting dalam menyemarakkan hubungan kekeluargaan dan kejiranan. Tidak kira latar belakang, masyarakat berbilang kaum di Malaysia turut bersama-sama meraikan Hari Raya, mencerminkan perpaduan yang kukuh.

Dalam kegembiraan menyambut Syawal, aspek keselamatan tidak boleh diabaikan. Jika memandu pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalan raya. Selain itu, amalkan kesederhanaan dalam berbelanja agar tidak membebankan kewangan selepas raya. Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar perayaan tetapi satu pengikat kasih sayang dan silaturahim. Semoga sambutan tahun ini membawa kebahagiaan dan keberkatan buat semua.

Dalam masa sama, terdapat juga insiatif khas yang diperkenalkan bersempena dengan perayaan ini. Antaranya adalah melalui pemberian Duit Raya oleh Kerajaan Negeri dan berikut adalah maklumat lanjutnya: –

Bantuan Duit Raya 2025

Kerajaan Negeri Pahang telah bersetuju memperkenalkan Duit Raya atau Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM1,000 secara sekaligus (one-off).

Bantuan ini akan diberikan kepada kira-kira 8,000 penjawat awam negeri Pahang dan akan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM8 juta.

Inisiatif ini diperkenalkan dengan tujuan untuk meringankan beban penjawat awam bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri dan akan dibayar seminggu sebelum sambutan hari mulia berkenaan.

“Diharapkan bantuan ini dapat meningkatkan semangat penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang demi kemakmuran dan kesejahteraan bersama,” kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Pembayaran bantuan ini akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima secara automatik. Oleh itu, bantuan ini tidak melibatkan sebarang permohonan, kerana ia akan diberikan secara automatik kepada setiap yang layak.

Info Tambahan

Selain Kerajaan Negeri Pahang, Kerajaan Negeri Perak juga memperkenalkan bantuan sama dengan kadar RM1,500. Bantuan khas ini akan disalurkan kepada semua 13,582 penjawat awam negeri, termasuk guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan (OBJ) serta pekerja sambilan harian.

Bantuan khas ini akan dibayar pada 24 Mac 2025 dan melibatkan peruntukan sebanyak RM10 juta. Jumlah Bantuan Khas ini menunjukkan peningkatan berbanding RM1,000 sempena Aidilfitri tahun lalu.

Dalam masa sama, Kerajaan Negeri Pulau Pinang pula memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada anggota perkhidmatan awam negeri berkenaan.

Manakala, RM300 pula akan diberikan kepada penyelia, guru dan kakitangan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), sekolah rendah agama rakyat (SRAR), sekolah menengah agama rakyat (SMAR), sekolah agama bantuan kerajaan (SABK), tahfiz, pondok, tadika Islam (TADIS) dan sekolah persendirian Cina di negeri berkenaan.

Pembayaran bantuan ini akan dibuat pada 19 Mac 2025 dan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM7.81 juta.

“Pemberian BKK itu tanda penghargaan kerajaan negeri kepada semua anggota perkhidmatan awam negeri atas sumbangan dan komitmen tidak berbelah bahagi mereka.

“Ini termasuk dalam merealisasikan Visi Penang2030 iaitu ke arah sebuah Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dalam satu kenyataan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *