Bantuan Zakat RM500 secara ‘one-off’: Syarat-syarat & cara memohon Zakat Selangor Peduli
Bagi membantu mereka yang terjejas akibat pandemik, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah memperkenalkan inisiatif bantuan Zakat Selangor Peduli bagi menyantuni golongan B40.
Melalui bantuan ini, mereka yang layak boleh menerima bantuan zakat secara ‘one-off’ sebanyak RM500 dari LZS yang akan diberikan secara berperingkat sehingga Disember tahun ini.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan Zakat Selangor Peduli: –
Syarat-syarat Kelayakan
Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat:
- Beragama Islam
- Warganegara atau pemastautin tetap (PR)
- Lahir dan menetap di Selangor / bermastautin dan masih menetap di negeri Selangor tidak kurang tiga (3) tahun (tidak tertakluk kepada asnaf Ibnu Sabil).
- Pemohon mestilah Ketua Keluarga bagi isi rumah.
- Memenuhi kriteria Had Kifayah yang ditetapkan oleh LZS iaitu pendapatan isi rumah kurang atau tidak sampai had mencukupi (Had Kifayah) bagi asnaf Fakir Miskin.
Pemohon telah dibanci menggunakan Had al-Kifayah, dan memenuhi kriteria seperti berikut:
- Hilang pekerjaan / pendapatan (peniaga kecil / penjaja); atau
- Masih diarah cuti tanpa gaji; atau
- Masih bekerja dengan pemotongan gaji bulanan; atau
- Pemohon dalam proses menunggu pencen (kerajaan) / Pencen atau Bantuan Ilat / Pencen Penakat / Insuran/ Pengeluaran KWSP.
Cara Memohon
Bagi yang ingin memohon, permohonan boleh dibuat secara atas talian di Portal Khas Asnaf Online LZS (KLIK SINI
Pemohon turut dikehendaki melampirkan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:
- Salinan I/C ketua keluarga dan pasangan
- Salinan I/C atau sijil kelahiran tanggungan
- Slip pendapatan atau pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri.
- Pengesahan pemberhentian kerja atau diarah cuti tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan (bagi yang bekerja)
- Dokumen pendaftaran atau lesen perniagaan (sekiranya berkaitan)
- Maklumat bank yang mengandungi nama bank, nama pemegang akaun dan nombor akaun bank untuk urusan pembayaran terus ke akaun pemohon.
- Bil utiliti TNB / Air / IWK / Cukai dll (satu sahaja)
- Pengesahan status perkahwinan (dimuat naik dalam lain-lain dokumen dalam portal).
- Pengesahan / Memo status kesihatan pemohon/tanggungan daripada pakar atau doktor perubatan (sekiranya berkaitan)
- Sebut harga / penggesahan kos rawatan daripada pakar, doktor perubatan, farmasi atau syarikat pembekal. (sekiranya berkaitan)
- Dokumen berkaitan dengan hutang yang perlu dijelaskan dengan kadar segera. (sekiranya berkaitan)
Pemohon juga amat disarankan membaca secara terperinci penerangan daripada LZS berkenaan bantuan zakat ini DI SINI, sebelum mengemukakan sebarang permohonan.