Cara Mohon Bantuan Khas COVID-19 NADMA. RM100 sehari sehingga maksimum 14 hari

Agensi Pengurusan Bencana Negara (atau NADMA) merupakan sebuah agensi pengurusan kecemasan kerajaan Malaysia. NADMA berfungsi sebagai penyelaras kepada agensi kerajaan yang terlibat dengan penguatkuasaan bencana.

NADMA diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia, yang membolehkan ia menyelaras gerak kerja pengurusan kecemasan yang dijalankan oleh agensi lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), bomba, Rela dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pihak NADMA menyediakan Bantuan Khas COVID-19 seperti berikut:

Syarat-Syarat Kelayakan

1. Warganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji kerana menerima arahan kuarantin dari kkm (annex14) bagi sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

2. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.

Pemohon Yang Tidak Layak

  1. Bukan Warganegara Malaysia
  2. Tidak bekerja di Malaysia atau tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.
  3. Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian/ menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.

Kadar Bantuan

RM100 sehari sehingga maksimum 14 hari (one off) tertakluk kepada sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded). Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

Kaedah Permohonan

1. Muat turun dokumen-dokumen di laman web http://www.nadma.gov.my

  • Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 (Lampiran A)
  • Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
  • Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C
    Advertisement
    Advertisement
    *jika tiada akaun bank

2. Permohonan lengkap dihantar melalui pos ke NADMA di alamat:-

Ketua Pengarah

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA

(u.p. : Sekretariat KWABBN)

Dokumen Yang Diperlukan

1. Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 seperti di Lampiran A.

2. Salinan kad pengenalan.

3. Dokumen Asal KKM :

i. Bagi pemohon yang di bawah perintah Pengawasan dan Pemerhatian

a. Salinan Borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang telah disahkan oleh KKM (annex 14); dan
b. Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) (annex 17);

ii. Bagi pemohon yang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19 (warded)

a. Discharge note / Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh Hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19.

4. Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B.

5. Salinan penyata bank / muka depan buku akaun.**

** sekiranya pemohon tidak mempunyai akaun bank, pemohon boleh memberikan salinan penyata bank / muka depan buku akaun bank waris bersama-sama dengan surat perwakilan kuasa kepada waris seperti di Lampiran C serta salinan kad pengenalan waris yang diakui sah.

Cara Bayaran

Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

Penafian

NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.