Pengambilan jawatan besar-besaran dibuka di RISDA: Jadual gaji sehingga RM9,618

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) kini sedang membuka banyak kekosongan jawatan kosong terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.

Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain.

Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan-jawatan yang dibuka: –

Maklumat Jawatan

  1. PEGAWAI PERTANIAN – G41
  2. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – F41
  3. PEGAWAI TADBIR – N41
  4. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN – G29
  5. PENOLONG PEGAWAI TADBIR – N29
  6. PENOLONG AKAUNTAN – W29
  7. PELUKIS PELAN – JA29
  8. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – FA29
  9. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) – W19
  10. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) – N19
  11. PEJAGA JENTERA ELEKTRIK – J19
  12. PEMBANTU KEMAHIRAN – H19
  13. PEMANDU KENDERAAN – H11
  14. PEMBANTU AWAM – H11

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup hebahan jawatan;
  • Syarat kelayakan akademik boleh diteliti di hebahan rasmi kekosongan jawatan;
  • Advertisement
    Advertisement
  • Jadual gaji dari RM1,218 sehingga RM9,618 berdasarkan ketetapan khusus setiap jawatan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon Jawatan

Kepada calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan ini boleh dibuat seperti mana yang ditetapkan oleh pihak majikan.

Bagi permohonan di bawah RISDA ini, ia hendaklah dimohon melalui Portal MyFutureJobs yang dibuka pada 22 Mei 2022.

Calon disarankan untuk memohon jawatan yang selaras dan menepati kelayakan. Calon juga bertanggungjawab untuk memberikan maklumat yang benar dan tepat.

Tarikh tutup permohonan jawatan ialah pada 05 JUN 2022, AHAD.

Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan sila rujuk DI SINI dan permohonan boleh dikemukakan DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *