Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –
Bantuan i-Fitri Perantau
Bantuan ini pada asasnya merupakan sebuah bantuan kewangan yang diperkanalkan sejak beberapa tahun lalu. Pada tahun ini, nampaknya bantuan ini sekali lagi dilancarkan.
Jumlah bayaran bantuan ini adalah antara RM250 hingga RM400 mengikut kelayakan penerima (berdasarkan jumlah tahun lalu).
Syarat-syarat Kelayakan
- Rakyat Terengganu dan MENETAP diluar di Negeri Terengganu (PERANTAU);
- Pemohon mesti Mengisi dahulu maklumat diri dan keluarga ke dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu Perantau (PRT20 PERANTAU;
- Pemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu, Pemohon = Ketua Isi Rumah (KIR) atau Pasangan;
- Permohonan dibuat secara atas talian;
- Pendapatan bulanan isi rumah (Gaji KIR & Pasangan) tidak melebihi RM2,500 (termasuk gaji dan semua elaun);
- Semua penjawat awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah tidak layak memohon;
- Pebiaga berlesen adalah tidak layak memohon kecuali pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500.00 sebulan dan di sahkan oleh penghulu, dan pengawai Kerajaan yang berkelayakan di tempat tinggal semasa;
- Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK atau Pegawai kerajaan yang berkelayakan;
- Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohanan;
- Permohonan boleh ditolak sekiranya maklumat tidak benar dan tidak lengkap.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Untuk yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dikemukakan secara atas talian (online) di Sistem i-Bantuan.
Permohonan baru hendaklah memuatnaik (upload) dokumen-dokumen berikut ke sistem i-Bantuan semasa membuat permohonan:
- Salinan Kad pengenalan /sijil kelahiran bagi pemohon dan tanggungan;
- Salinan Slip gaji atau slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan yang di sahkan;
- Salinan Surat Akuan Bermastautin atau Salinan Bil Elektrik atau Air.
Permohonan bantuan ini mula dibuka pada 1 April hingga 15 April 2023.
Bagi info yang lebih teliti tentang i-Fitri Perantau, sila lihat di Portal Rasminya – DI SINI.