Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA) kini sedang membuka pengambilan kekosongan jawatan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.
Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain.
Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan-jawatan yang dibuka: –
Jawatan Kosong
ANGGOTA SUKARELA TUGAS PEJABAT
Waktu Kerja: 8 pagi – 5 petang
Hari Kerja: Isnin – Jumaat
Syarat-syarat Kelayakan
Pemohon hendaklah merupakan warganegara Malaysia;
Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan jawatan;
Syarat-syarat kelayakan akademik yang lengkap boleh dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Kepada calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan ini boleh dibuat secara atas talian seperti mana yang ditetapkan oleh pihak majikan.
Permohonan boleh dikemukakan dengan menghantar Resume dan salinan-sijil berkaitan ke e-mel: rismayanti@cividefence.gov.my
Calon perlulah hanya memohon jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan memberikan maklumat yang benar serta tepat bagi memudahkan urusan permohonan jawatan yang dibuka.
Hanya calon-calon yang layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga oleh pihak majikan.
Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan dan permohonan boleh diteliti DI SINI.