Bantuan Tunai BMT RM800 dikreditkan secara berperingkat: Senarai penuh penerimanya

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi membantu mereka yang berkelayakan dan memerlukan.

Ia termasuklah sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada mereka yang layak dan memerlukan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BMT: –

Bantuan Tunai BMT

BMT adalah sebuah inisiatif Kerajaan yang diperkenalkan untuk meringankan beban kewangan pekebun kecil/penoreh getah yang berkelayakan semasa musim tengkujuh.

Ketika pembentangan Belanjawan 2023, pihak Kerajaan juga telah bersetuju untuk menaikkan kadar bantuan ini dari kepada RM800 berbanding RM600 sebelum ini.

Syarat-syarat Kelayakan

Bagi 1 lot, hanya seorang sahaja (Pekebun Kecil atau Penoreh) yang layak menerima bantuan. Dimaklumkan juga bahawa seorang Pekebun Kecil atau Penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan BMT:

Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA
  • Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • 1 lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan
  • Advertisement
    Advertisement

Penoreh (Bukan Pemilik Tanah)

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar
  • 1 lot tanah hanya seorang penoreh/penama sahaja yang layak menerima bantuan
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Untuk yang ingin memohon dan memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan BMT boleh dibuat di Portal Pekebun Kecil RISDA.

Permohonan dan kemaskini bantuan ini telah dibuka mulai 15 Jun lalu dan akan ditutup pada 15 September 2023.

Tentang tarikh pembayaran pula, ia akan dibuat secara berperingkat selama empat bulan iaitu bermula pada daripada bulan November 2023 sehingga Februari 2024 dengan banyak RM200 setiap bulan.

Maklumat lengkap berkenaan bantuan ini boleh dirujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *