Bantuan Tunai Asasi RM3,620 Dibayar Kepada Kategori B40 & M40. Tarikh Pembayaran & Cara Semak

Bantuan berbentuk tunai secara bulanan merupakan salah satu inisiatif pihak kerajaan untuk membantu golongan sasar yang memerlukan. Pelbagai bantuan tunai telah diperkenalkan khusus untuk golongan yang memerlukan itu mengikut kategori.

Kategori ini merangkumi golongan-golongan yang rentan serta memerlukan agar kehidupan harin mereka dapat diteruskan dengan baik.

Salah satu bantuan tersebut adalah seperti di bawah:

Bantuan RM3,920 Setahun

Bantuan ini akan memberi  Elaun Wang Saku sebanyak RM2,500 setahun serta Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan pada kadar RM1,420 setahun kepada mereka yang berkelayakan.

Bagi pelajar daripada Sabah, Sarawak dan Labuan, mereka turut layak menerima tambang penerbangan sekali.

Syarat-Syarat Kelayakan

Bantuan Kewangan Asasi adalah sebuah sumbangan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menepati syarat-syarat kelayakan berikut:

    • Pemohon adalah warganegara Malaysia;
    • Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga dari kelompok B40 dan M40;
    • Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya;
    • Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.
    • Advertisement
      Advertisement

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Untuk yang memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan, permohonan bantuan kewangan ini boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM.

Pemohon juga perlu menyemak dan mencetak sendiri dokumen tawaran seperti berikut:

  • Surat tawaran;
  • Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi);
  • Borang penyata kewangan penjamin;
  • Panduan mengisi borang perjanjian;
  • Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran;
  • Tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir Universiti Awam masing-masing pada setiap semester.

Bagi info yang lebih teliti tentang bantuan ini sila lihat di Portal Rasmi KPM – DI SINI (KLIK SINI).

Penafian

Laman sesawang ini bukanlah laman rasmi bagi sebarang jawatan atau permohonan bantuan yang dipaparkan. Kami hanya memaparkan maklumat untuk pengetahuan umum dan segala tindakan lanjut untuk memohon boleh dilakukan di link yang disediakan untuk ke laman sesawang asal.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *