Jawatan Kosong Jabatan PERHILITAN Tahun 2026: Berikut Senarai Jawatan Ditawarkan

Peluang kerjaya kini dibuka kepada individu yang berkelayakan, bersemangat tinggi dan komited dalam membina masa depan profesional. Hebahan ini ditujukan kepada mereka yang memiliki kemahiran relevan, sikap positif serta keupayaan bekerja dalam persekitaran yang dinamik dan mencabar.

Jawatan yang ditawarkan memberi ruang untuk menimba pengalaman, memperkukuh kemahiran serta mengembangkan potensi diri ke tahap lebih tinggi.

Calon yang berminat digalakkan untuk merebut peluang ini sebagai langkah penting dalam perkembangan kerjaya. Jangan lepaskan peluang untuk memohon dan meneroka prospek pekerjaan yang lebih baik pada masa hadapan.

Jawatan Kosong Jabatan PERHILITAN

  1. PEMBANTU TADBIR SOKONGAN
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Jenis Jawatan: Personel MySTEP
    • Tawaran Gaji: RM1,900
  2. PENOLONG PEGAWAI KONSERVASI HIDUPAN LIAR
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Jenis Jawatan: Personel MySTEP
    • Tawaran Gaji: RM2,100

Syarat-Syarat Kelayakan

PEMBANTU TADBIR SOKONGAN

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Mempunyai sekurang-kurangnya memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam apa jua bidang atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannnya oleh kerajaan;
  • Berpengetahuan asas dalam pentadbiran pejabat.

PENOLONG PEGAWAI KONSERVASI HIDUPAN LIAR

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Mempunyai sekurang-kurangnya memiliki Diploma dalam apa jua bidang atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannnya oleh kerajaan;
  • Berpengetahuan dalam hidupan liar adalah diutamakan.

Bidang Tugas

PEMBANTU TADBIR SOKONGAN

Melaksanakan urusan pengurusan dan pentadbiran Renjer Komuniti dan OBK (termasuk urusan pelantikan, bayaran upah, pelaporan, data sumber manusia dan lain lain.

PENOLONG PEGAWAI KONSERVASI HIDUPAN LIAR

Melaksanakan urusan pengurusan dan pentadbiran Renjer Komuniti dan OBK (termasuk urusan pelantikan, bayaran upah, pelaporan, data sumber manusia dan lain lain.

Cara Memohon

Bagi permohonan jawatan-jawatan kosong ini, ia boleh dilaksanakan secara atas talian melalui Portal MyFutureJobs. Maklumat yang diberikan hendaklah benar, sahih dan tepat.

Info lebih terperinci dan rasmi berkenaan kekosongan jawatan-jawatan ini, sila layari laman sesawangnya – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Jabatan PERHILITAN pada awalnya dikenali dengan nama Jabatan Mergastua. Pada tahun 1896 undang-undang pertama mengenai hidupan liar telah diwujudkan. Pada tahun 1902, rezab hidupan liar yang pertama iaitu Rezab Hidupan Liar Chior telah diwartakan.

Usaha-usaha untuk menubuhkan satu agensi pusat untuk menyelaraskan aktiviti pemuliharaan habitat dan spesies hidupan liar telah bermula pada tahun 1930, dengan pelantikan En. T.R. Hubback, bekas Pelindung Mergastua Negeri Pahang, sebagai ketua kepada Suruhanjaya Hidupan Liar Malaya.

Pada tahun 1955, satu perundangan baru yang dikenali sebagai “The Wild Animals and Wild Birds Protection Ordinance” telah diwujudkan untuk menyelaraskan penguatkuasaan terhadap perlindungan hidupan liar di seluruh Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun, pentadbiran Jabatan masih di bawah Kerajaan-kerajaan Negeri yang berkaitan.

Antara tahun 1972 dan 1976, Kerajaan Persekutuan selepas berbincang dengan Kerajaan-kerajaan Negeri telah mengambil alih pentadbiran semua Jabatan Mergastua Negeri di Semenanjung Malaysia berikutan penguatkuasaan Akta Perlindungan Hidupan Liar Tahun 1972, Akta 76. Jabatan Mergastua kemudiannya dinamakan sebagai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara atau ringkasnya Jabatan PERHILITAN.

Objektif utama PERHILITAN adalah seperti berikut:

  • Memperkasa program konservasi hidupan liar menerusi aktiviti pengurusan, penguatkuasaan, pengkayaan dan penyelidikan hidupan liar;
  • Mengekalkan integriti kawasan perlindungan bagi faedah penyelidikan, pendidikan, ekonomi, estatik, rekreasi dan fungsi ekologi;
  • Meningkatkan pengetahuan, kesedaran, pembangunan modal insan dan penglibatan masyarakat ke arah konservasi hidupan liar;
  • Penjanaan ekonomi melalui aktiviti konservasi hidupan liar;
  • Memperkasakan kepakaran, perkongsian maklumat dan penggunaan teknologi dalam konservasi hidupan liar.

Warna hijau di logo jabatan ini membawa melambangkan alam semulajadi yang merupakan habitat kepada spesies hidupan liar. Manakala, Burung Enggang dan Gajah pula melambangkan spesies hidupan liar yang terdapat di Semenanjung Malaysia.

Kod etika PERHILITAN merangkumi warga PERHILITAN perlu mempunyai tahap disiplin diri yang tinggi bagi mencerminkan keperibadian sebagai seorang yang profesional.

Amanah dalam pengertian nilai dan akhlak ialah menunaikan tanggungjawab yang diberi dan melaksanakannya dengan sempurna. Amanah bagi warga PERHILITAN adalah:

  • Melaksanakan arahan atau tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya;
  • Melaksanakan tugas-tugas bukan untuk kepentingan diri sendiri;
  • Mengatur masa yang digunakan di pejabat digunakan secara optimum;
  • Memastikan harta awam/Kerajaan digunakan secara berhemah mengikut peraturan yang telah ditetapkan;
  • Tidak membunuh spesies hidupan liar kecuali atas kepentingan pemuliharaan atau penyelidikan spesies berkenaan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *