Dikreditkan Ke Akaun Bulan Ini (November 2024): Ini Jadual Penuh Bantuan BWE RM500
Pada ketika ini, rakyat Malaysia dibahagikan kepada tiga kumpulan utama berdasarkan pendapatan mereka. Ia adalah berpendapatan rendah (B40), sederhana (M40) dan tinggi (T20). Daripada kumpulan-kumpulan ini, B40 merupakan golongan yang perlu dibantu bagi menghadapi keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Oleh hal demikian, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan sama ada berpentuk tunai, e-Dompet, geran, pembiayaan dan sebagainya. Antaranya termasuklah dengan memperkenalkan bantuan bulanan yang dikenali sebagai Bantuan Warga Emas atau BWE:
Bantuan Bulanan BWE
Bantuan Warga Emas atau BWE adalah sebuah bantuan bulanan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ia pada asasnya merupakan sejenis bantuan tunai kepada kepada warga emas yang memenuhi kriteria kelayakan bertujuan untuk membantu golongan tersebut untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.
Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM500 dan diberikan setiap bulan kepada mereka yang layak serta diluluskan permohonan mereka.
Syarat-Syarat Kelayakan Bantuan BWE
- Warganegara yang bermastautin di Malaysia;
- Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
- Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa; atau
- Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa
- Warga emas yang bukan tinggal di:
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan BWE boleh dilaksanakan dengan mengisi Borang Permohonan Bantuan Bulanan JKM dengan menghadiri Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Bagi memudahkan urusan, pemohon perlu membawa dokumen-dokumen berikut ketika hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat:
- Salinan MyKad pemohon;
- Salinan MyKad / MyKid ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan bil utiliti seperti bil air/ elektrik/ telefon / Astro (bagi tujuan pengesahan alamat): dan
- Penyata pendapatan atau surat pengesahan pendapatan dari majikan / surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Dimaklumkan juga bahawa setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Tatacara ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan berdasarkan kelayakan dan bukan hak.
Untuk maklumat lebih teliti tentang Bantuan Warga Emas (BWE), sila teliti di Portal Rasmi JKM – DI SINI.
Maklumat Tambahan
Di bawah Belanjawan 2025, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan jumlah BWE kepada RM600 sebulan mulai Januari 2025.
“Kita akui dan mendengar rungutan tentang kos sara hidup. Lantaran itu, kita mengambil langkah serta kebijakan ekonomi yang merupakan peningkatan peruntukan dan kadar maksimum bantuan tunai yang tertinggi pernah diberikan Kerajaan dalam menangani kos sara hidup rakyat.
Ini juga akan ditambah melalui peningkatan peruntukan bantuan tunai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM2.9 bilion; ketimbang RM2.4 bilion,” petikan ucapan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat.
Dalam masa sama, jumlah bayaran Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin turut dinaikkan kepada:
- Daripada RM200 ringgit kepada RM250 ringgit seorang bagi anak berusia 6 tahun dan ke bawah; serta
- Daripada RM150 kepada RM200 ringgit seorang bagi anak lingkungan usia 7 hingga 18 tahun;
- Tertakluk kepada kadar maksimum RM1,000 sekeluarga.
Selain itu, kadar Bantuan Am Persekutuan turut dinaikkan kepada RM150 ketimbang RM100 dengan kadar maksimum sekeluarga sebanyak RM500 sebulan.
“Untuk Wilayah Persekutuan, Kadar Bantuan Am juga dinaikkan kepada RM150 ketimbang RM100 dengan kadar maksimum sekeluarga sebanyak RM500 sebulan. Saya menyeru semua Kerajaan Negeri untuk turut menambahbaik Kadar Bantuan Am Negeri,” petikan ucapan Belanjawan 2025.
Untuk maklumat lebih teliti tentang Belanjawan 2025, sila teliti di Portal Rasmi Belanjawan MOF – DI SINI.