Panduan memohon Bantuan Kewangan BKPKK RM3,600 untuk mereka dari keluarga B40
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Bantua-bantuan ini diperkenalkan bagi membantu mereka yang memerlukan, khususnya dari kalangan keluarga B40 dan M40.
Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan yang telah diperkenalkan:
Bantuan Kewangan BKPKK
Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti atau BKPKK adalah sebuah bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan bagi membantu meringankan beban pelajar di Kolej Komuniti.
Kadar bantuan kewangan ini adalah sebanyak RM300sebulan untuk dua semester pengajian dengan jumlah keseluruhan RM3,600 (RM1,800 satu semester).
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
- BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 5 semester (peringkat sijil);
- Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
- Menandatangani 2 salinan perjanjian (tanpa penjamin);
- Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
- Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Untuk mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan BKPKK boleh dilaksanakan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.
Akan tetapi, pelajar yang layak menerima bantuan kewangan ini sepanjang setahun/dua semester pengajian hendaklah mendapat CGPA minimum 2.0 bagi melayakkan diri untuk menerima bantuan kewangan pada semester kedua.
Sekiranya pelajar tersebut tidak mencapai CGPA minima 2.0 pada semester pertama, makanya pembiayaan bantuan kewangan akan diberhentikan serta merta kepada pelajar.
Maklumat lengkap berkenaan bantuan ini boleh dirujuk di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – DI SINI.