Jadual Penuh Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 & 4 RM200 Hingga RM1,200 yang dikreditkan tidak lama lagi
Pihak kerajaan sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan dan inisiatif bertujuan membantu mereka yang berkelayakan.
Sukacit dimaklumkan bahawa salah satunya adalah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi mereka yang berkelayakan.
Berikut ialah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan berkenaan:
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Pembayaran STR Fasa 1 telah pun dibuat pada bulan Januari 2023 dengan kadar sebanyak RM300 kepada isi rumah dan RM100 kepada bujang.
Manakala, pembayaran STR Fasa 2 pula telah dibayar bermula pada 5 April 2023 dengan kadar RM200 kepada setiap kategori penerima.
Tentang STR Fasa 3 & 4 pula, ia akan melibatkan jumlah-jumlah berikut:
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM300+RM200
- Bilangan anak 1 – 2: RM400+RM600
- Bilangan anak 3 – 4: RM600+RM900
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM800+RM1,200
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 1 – 2: RM150
- Bilangan anak 3 – 4: RM200+RM300
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM250+RM500
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
- STR Fasa 3&4: RM200+RM200
Bila Tarikh Pembayaran STR Fasa 3 & Fasa 4
Untuk maklumat semua, pembayaran STR Fasa 3 dijadualkan pada bulan Julai 2023 manakala bagi Fasa 4 adalah November – seperti mana yang dinyatakan di Portal Rasmi Kementerian Kewangan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Berkenaan dengan kaedah pembayaran pula, ia akan dibuat seperti mana sebelumnya iatu secara kredit terus ke akaun bank penerima.
Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau akaun berstatus tidak aktif, penebusan tunai boleh dibuat melalui cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Bagi maklumat yang lebih teliti tentang Belanjawan 2023 dan STR, sila lihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.
Penafian
Laman sesawang ini bukanlah laman rasmi bagi sebarang jawatan atau permohonan bantuan yang dipaparkan. Kami hanya memaparkan maklumat untuk pengetahuan umum dan segala tindakan lanjut untuk memohon boleh dilakukan di link yang disediakan untuk ke laman sesawang asal.