Bukan semua kategori dapat BKC Fasa 2: Ini kategori yang terlibat & jumlah bayarannya

Bantuan Khas C-19 (BKC) adalah bantuan tunai yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik sehingga akhir tahun 2021.

Kategori penerima yang layak menerima BKC adalah berdasarkan syarat kelayakan BPR 2021 dan juga pembayar cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Pembayaran BKC Fasa 1 telah pun selesai pada akhir bulan September lalu dengan melibatkan pembayaran sehingga RM500.

Untuk Fasa 1, pembayaran BKC melibatkan penerima dari pelbagai kategori iaitu Miskin Tegar, B40 dan M40.

BKC Fasa 2

Akan tetapi, untuk Fasa 2, pembayaran BKC hanya akan melibatkan satu kategori penerima sahaja iaitu Miskin Tegar, dengan pembayaran seperti berikut:

  • Isi Rumah: RM500
  • Warga emas sebatang kara (WE): RM300
  • Bujang: RM300

Tarikh Pembayaran Fasa 2

Berdasarkan sumber dari LHDNM – pembayaran BKC Fasa 2 akan berjalan pada bulan November 2021.

Akan tetapi, tarikh pembayaran secara tepat masih belum dimaklumkan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Semakan BKC

Sama seperti pembayaran BKC Fasa 1, pembayaran untuk Fasa 2 akan melalui:

  • Miskin Tegar & B40: Akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021.
  • M40: Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian.

Bagi membuat semakan, ia boleh dibuat di portal rasmi BKC (DI SINI) dengan mengisi nombor kad pengenalan di ruang yang disediakan.

Bagi maklumat lengkap berkenaan BKC, boleh rujuk – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *