Belanjawan 2022 Diumumkan Tak Lama Lagi. Tengku Zafrul Beri ‘Hint’ Bantuan Untuk B40

Bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan, berita gembira untuk anda semua kerana Kerajaan Persekutuan akan membentangkan Belanjawan 2022 pada 29 Oktober ini.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul telah memberi sedikit ‘hint’ mengenai Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan tidak lama lagi. Terdapat beberapa pekara penting yang perlu anda semua ambil perhatian.

Fokus Utama Belanjawan 2022

Menurut Tengku Zafrul,  Belanjawan 2022 akan diperkembangkan dan meletakkan asas kepada usaha pembaharuan kerajaan yang lebih luas dan bagi jangka panjang dengan menjadikan kelestarian yang berterusan sebagai fokus utama.

Belanjawan ini juga akan memfokuskan kepada 3R iaitu mempercepat pemulihan, memperkukuh daya tahan ekonomi dan memangkinkan pembaharuan.

Senarai Bantuan Yang Bakal Diumumkan

Dalam kenyataannya baru-baru ini, terdapat beberapa bantuan yang bakal diumumkan dalam Belanjawan 2022. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Bantuan kewangan akan diteruskan kepada mereka yang paling terjejas terutamanya kumpulan B40, penganggur dan golongan rentan.

Advertisement
Advertisement

2. Sokongan kepada perniagaan akan kekal kukuh sama ada menerusi skim pembiayaan mampu milik atau akses yang lebih baik kepada kredit atau geran, bagi menyokong operasi di samping mendorong mereka menuju automasi dan digitalisasi.

3. Peningkatan fokus kepada kelestarian dan meningkatkan daya tahan aset alam sekitar dan air Malaysia akan wujud berikutan tumpuan yang semakin bertambah terhadap alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), sasaran pelepasan sifar bersih dan kemajuan selanjutnya dalam ekonomi kitaran.

4. Penambah baikan pasaran buruh dengan menumpukan kepada insentif pengambilan selain upah subsidi, di samping meningkatkan kehematan fiskal dengan meningkatkan proses perolehan dan pengurusan hutang serta mempertingkat langkah penguatkuasaan cukai, katanya.

Sumber: Berita Harian

 

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *