Senarai Penerima RM600 Yang Dikreditkan Bulan Ini (Januari 2025): Ini Maklumat Penuhnya
Kehidupan setiap individu di Malaysia berbeza mengikut fasa usia, latar belakang ekonomi, dan keperluan sosial. Dalam mengejar kemajuan, keperluan rakyat terutama golongan rentan seperti warga emas tidak boleh diabaikan. Warga emas, yang membentuk sebahagian besar daripada populasi negara, menghadapi cabaran unik termasuk keperluan penjagaan kesihatan, sokongan kewangan, dan akses kepada perkhidmatan sosial.
Bagi rakyat keseluruhannya, isu seperti pendidikan, peluang pekerjaan, kos sara hidup, dan perlindungan sosial sering menjadi perhatian utama. Dalam dunia yang semakin mencabar, memastikan keperluan asas ini dipenuhi adalah kunci kepada kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara. Sokongan dari pihak kerajaan melalui pelbagai inisiatif dan bantuan adalah amat penting untuk merapatkan jurang dan memastikan semua golongan mendapat akses yang adil kepada sumber-sumber penting.
Bagi warga emas, keperluan mereka lebih kepada sokongan yang memberi jaminan kepada hari tua yang tenang dan bermaruah. Keperluan seperti rawatan kesihatan yang mampu milik, bantuan kewangan seperti pencen atau bantuan khas, serta sokongan komuniti menjadi keutamaan. Tanpa sistem sokongan yang kukuh, mereka berisiko mengalami kesukaran dari segi kewangan, kesihatan, dan sosial.
Oleh itu, pihak Kerajaan telah memperkenalkan sebuah bantuan khusus kepada golongan warga emas yang memerlukan. Berikut maklumat lanjutnya.
Bantuan RM600 Setiap Bulan
Bantuan ini dikenali sebagai Bantuan Warga Emas atau BWE yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Bantuan ini berobjektif membantu warga emas miskin yang memenuhi kriteria kelayakan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.
Bermula pada tahun 2025, kadar bantuan ini dinaikkan kepada RM600 setiap bulan, berbanding RM500 sebelum ini. Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat.
“Kadar bantuan kebajikan bulanan kepada rakyat miskin akan ditingkatkan. Kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada RM600 sebulan ketimbang RM500 sebulan,” petikan ucapan Belanjawan 2025.
Syarat-Syarat Kelayakan
- Pemohon hendaklah merupakan warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Pemohon hendaklah merupakan warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Isi Rumah pemohon hendaklah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
- Warga emas yang bukan tinggal di:
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma.
Cara Memohon
Bagi cara permohonan BWE, ia boleh dilaksanakan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara dengan mengisi borang permohonan dan melampirkannya bersama dokumen-dokumen berikut:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan penyata gaji (jika ada);
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Permohonan yang dibuat kemudiannya akan menjalani siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Maklumat lebih terperinci berkenaan bantuan ini, sila layari Portal Rasmi JKM – DI SINI.
Info Tambahan
Dalam masa sama, di bawah Belanjawan 2025 – pihak Kerajaan memperuntukan kebajikan warga emas dengan peningkatan mencecah. RM1 bilion. Ia bagi membiayai bantuan tunai, wang saku institusi warga emas dan pusat aktiviti.
Kerajaan juga bercadang supaya pelepasan cukai pendapatan individu berkaitan aktiviti sukan dan penjagaan kesihatan disemak semula bagi memelihara kebajikan dan menjamin penjagaan warga emas.
- Pertama: pelepasan cukai perbelanjaan pemeriksaan perubatan penuh ibu bapa diperluas untuk meliputi kos pemvaksinan;
- Kedua: pelepasan cukai perbelanjaan peralatan dan aktiviti sukan diperluas kepada ibu bapa;
- Ketiga: pelepasan cukai perbelanjaan rawatan perubatan bagi ibu bapa turut merangkumi datuk dan nenek;
- Keempat: pengecualian cukai pendapatan individu ke atas elaun penjagaan anak diperluas meliputi penjagaan warga emas iaitu ibu bapa, datuk dan nenek; dan
- Kelima: potongan cukai tambahan bagi majikan yang membayar elaun penjagaan anak turut diperluas meliputi penjagaan warga emas iaitu ibu bapa, datuk dan nenek.
Untuk maklumat lengkap inisiatif dan pelbagai lagi perkara di bawah Belanjawan 2025, sila layari Portal Rasminya – DI SINI.