Cara memohon bantuan masuk hospital sehingga RM700, khusus untuk golongan B40

 

Pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan bagi meringankan beban rakyat khususnya kepada golongan B40.

Antaranya termasuklah skim perlindungan masyarakat mySalam iaitu sebuah inisiatif yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 6.8 juta individu rakyat Malaysia, khususnya golongan B40.

Salah satu manfaat mySalam adalah mereka yang layak boleh menerima pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital universiti.

Berikut maklumat lanjut tentangnya: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH);
  • Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
  • Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Cara Menuntut mySalam

Bagi tuntutan hospitalisasi, pemohon yang layak boleh membuat tuntutan dengan tatacara berikut:

  • Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my¬†dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  • Advertisement
    Advertisement
  • Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
  • Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
    • Salinan Nota Discaj
    • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  • Langkah 4: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Semakan Kelayakan

Untuk yang layak, mereka akan dimaklumkan melalui SMS bermula daripada 1 Mac 2019.

Akan tetapi, sekiranya anda tidak menerima SMS tersebut – semakan kelayakan boleh dibuat secara atas talian (online) di laman rasmi mySalam (DI SINI).

Maklumat terperinci dan penjelasan lanjut berkenaan mySalam turut boleh dilihat DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *