Ini senarai Skim Bantuan Zakat yang boleh dimohon: Syarat-syarat & cara memohon

Ketika ini terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan bagi membantu mereka yang memerlukan, termasuklah dari pihak Majlis Agama Islam melalui bantuan zakat.

Dan salah satunya termasuklah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan zakat seperti:

  • Bantuan Kewangan Bulanan
  • Bantuan Aidilfitri
  • Bantuan Khairat Asnaf
  • Bantuan Menyelesaikan Hutang (Al-Gharimin)
  • Bantuan Perubatan (Hemodialisis, Peralatan Kesihatan,AM dan Khas kanak-kanak OKU)
  • Bantuan Guaman Syarie
  • Bantuan Perkahwinan
  • Bantuan Kecemasan
  • Bantuan Musibah Bantuan Tambang Dan Keperluan Diri
  • Bantuan Deposit Sewa Rumah dan Sewa Rumah Bulanan
  • Bantuan Membina / Membaiki Rumah
  • Bantuan Deposit Beli Rumah Kos Rendah

*KLIK SINI, untuk senarai lengkap bantuan zakat MAIWP.

Syarat-syarat Bantuan

  • Beragama Islam;
  • Warganegara Malaysia;
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari¬† (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan;Tertakluk kepada¬†Pengiraan Had al-Kifayah.
  • Sesiapa sahaja yang tergolong dalam golongan fakir, miskin, muallaf, al-gharimin (orang yang berhutang), ibnu sabil, fisabilillah dan ar-riqab. Antaranya orang miskin, pelajar sekolah dan pengajian tinggi, mereka yang ditimpa penyakit, peniaga kecil, pemandu teksi dan lain-lain lagi (mengikut jenis bantuan zakat).
    Advertisement
    Advertisement

Had Kifayah adalah suatu kadar keperluan asas minimum yang ditetapkan berdasarkan kos sara hidup semasa. Had ini juga digunakan bagi mengetahui kadar yang perlu dibantu untuk menepati kecukupan perbelanjaan asasi. KLIK SINI untuk kalkutor Had al-Kifayah.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan dan ingin memohon, permohonan boleh dikemukakan dengan datang sendiri ke pejabat Baitulmal MAIWP atau ke kaunter permohonan berdasarkan Kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan (SENARAI & ALAMAT CAWANGAN).

Maklumat lanjut dan terperinci berkenaan bantuan-bantaun zakat MAIWP boleh dirujuk di laman rasmi badan itu atau DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *